Alam & Sains 13 Dec, 2020

Video| Jangan picit jerawat! Muka membengkak, mata kian kabur

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

WANITA dan jerawat ibarat musuh ketat, sekali tumbuh di ‘tanah jajahannya’ membuatkan dia tidak boleh duduk dengan selesa. Malah ada yang langsung tidak selera menjamah makanan jika ada sebiji jerawat yang tumbuh.  Keadan sama turut berlaku kepada seorang ibu muda yang awalnya tertekan dengan kehadiran beberapa jerawat pada wajahnya sekali gus membuatkan dia memicit mengeluarkan air bisa  yang ada di dalam jerawat berkenaan. : KitaReporters


CANTIK wajah Marry Ann sebelum melalui fasa getir dalam kehidupan angkara memicit jerawat pada wajahnya. - Kredit Foto ViralPress.


Lagi kisah-kisah berkaitan ibu muda:

https://kitareporters.com/search?search=ibu+muda


Namun siapa sangka tindakan bersahaja itu membawa malang kepada ibu muda yang cantik dari Nueva Ecija, Filipina.

Memetik laporan portal dailystar.co, tindakan Marry Ann Regacho itu menyebabkan mukanya semakin membengkak. Lebih menyedihkan matanya semakin kabur dan kini hampir buta selepas wajah semakin membengkak.

Dia kini buntu melihat wajahnya yang semakin buruk dan membengkak kesan penyakit misteri yang dialami. Malah ada jiran yang sudah tidak mengenalinya kesan daripada wajahnya yang semakin membengkak setiap hari.


TERKINI keadaan wajahnya menyebabkan dia semakin tertekan dengan apa yang dilalui selain rasa sakit yang terpaksa ditanggung sepanjang masa.



Pada awal kejadian, Marry Ann berkata dia hanya menyangka jerawat yang tumbuh pada mukanya adalah masalah biasa. Namun wanita berusia 17 tahun itu berkata, keadaan jerawat di muka semakin serius selepas dia melahirkan anak sulung pada tahun 2019.

“Saya sangkakan ia seperti jerawat biasa menyebabkan saya memicit namun kesakitan yang dirasai semakin bertambah dan berlarutan sehingga beberapa hari,” ujarnya yang sukar untuk tidur kerana kesakitan yang dirasai.

Ibu muda itu berkata, kesakitan yang dirasai itu tidak berhenti malah lebih menyeramkan lagi mukanya semakin membengkak. 

“Kini mata pula semakin kabur selepas muka semakin membengkak,” ujarnya yang terlalu sedih dengan apa yang berlaku kepadanya.

Malah suaminya juga tidak mampu membawanya ke hospital kerana faktor kewangan.

“Suami saya hanya bekerja di ladang jiran dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap menyebabkan saya sukar mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya lagi.

Kongsinya, lagi sebelum ini dia pernah mendapatkan rawatan namun tidak meneruskan kerana kekangan kewangan.

Semoga Marry Ann tabah hadapi dugaan dan terus mencari ubat untuk merawat muka.

Kisah yang dilalu Marry Ann juga patut memberi kesedaran kepada remaja hari ini yang sangat gemar memicit jerawat.

Hati-hati! jangan jadi seperti Marry Ann!! - KitaReporters


BERSAMA suaminya yang banyak memberi semangat walaupun tidak mampu memberi rawatan di hospital berikutan kekangan kewangan yang dilalui.

0
0
6
0
0
You will be interested