Alam & Sains 12 Mar, 2021

Video| MyCar perkenal aplikasi baharu, MyCar 3.0! Dibangunkan guna kepakaran perisian tempatan

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


MENGGUNAKAN khidmat penempahan e–hailing tidak lagi asing kepada masyarakat di negara ini kerana lebih mudah, pantas dan menjimatkan masa. 

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Platform App Sdn Bhd, Mohd Noah Maideen meminta orang ramai membuang atau menyahpasang  (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApps (2.0) kerana kini tidak relevan lagi.

Sebagai gantinya, diperkenalkan aplikasi e-hailing MyCar yang baharu dikenali sebagai MyCar 3.0 di Kuala Lumpur pada 3 Mac 2021. 

Penarikan semula dibuat berikutan beberapa masalah fungsi utama di dalam aplikasi MyCar SuperApps tersebut.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan e-hailing:

https://kitareporters.com/search?search=e-hailing


Ahmad Amzad Mohamed (tengah), Mohd Noah Maideen (dua dari kiri) dan Ketua Perhubungan Kerajaan MyCar, Shafiq Affendi (kiri) ketika menyertai sidang media selepas pelancaran aplikasi MyCar 3.0 di Kuala Lumpur pada 3 Mac 2021.


“MyCar sudah beroperasi untuk musim pertama pada 2018 dan musim kedua 2020, namun kita menghadapi beberapa kesulitan ketika menggunakan MyCar SuperApps 2.0 kerana ia menggunakan teknologi dari negara luar.

Aplikasi yang baharu direka dan dibangunkan sendiri oleh MyCar dengan menggunakan 100 peratus kemahiran lulusan kejuruteraan perisian tempatan. Kita buat keputusan untuk guna teknologi sendiri dan akhirnya lahirlah MyCar 3.0,” katanya.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed.

Mohd Noah menambah, pihaknya juga kecewa dengan sistem yang diperkenalkan sebelum ini termasuklah menimbulkan masalah kepada pemandu MyCar yang kehilangan pendapatan disebabkan aplikasi lemah.

“Mengenai  MyCar 2.0 yang lepas, saya pun sangat kecewa dengan sistem tersebut dan sebab itu kita bina sistem sendiri untuk pastikan ia benar-benar tulen daripada hati sanubari kami untuk diberikan kepada pemandu.

“Saya minta maaf pada pemandu MyCar aktif  yang jumlahnya kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang, mereka tidak ada pendapatan. Ada yang terpaksa jual kereta dan rumah bila kita guna MyCar SuperApps  2.0 pendapatan jadi kurang,” ujarnya.




Sementara itu beliau menyasarkan melalui sistem baharu, MyCar akan muncul sebagai unicorn gig ekonomi pertama daripada  Malaysia untuk rantau Asia Tenggara.

Jumlah pemandunya di seluruh negara dijangka meningkat kepada 250,000 orang berbanding 147,000 orang ketika ini. Ia bersandarkan kepada perancangan menambah perkhidmatan yang baru seperti penghantaran barangan.

“Kita mempunyai sasaran untuk menjadi salah satu pemain gig ekonomi yang utama di Malaysia, selain daripada Grab, FoodPanda dan LalaMove. Sasaran produk e-hailing seterusnya penghantaran bungkusan.

“Khidmat ini akan dimulakan pada bulan Jun (2021) hadapan, di samping memperkenalkan beberapa perniagaan lain dalam talian e-dagang pada hujung tahun. 

"Untungnya mempunyai teknologi yang dibangunkan sendiri kerana kita boleh ubah apa-apa pilihan untuk orang ramai dengan cepat. Ia berbeza apabila kita menggunakan teknologi dari luar. 

"Saya percaya  Malaysia mampu menjadi pusat e-dagang yang utama di Asia Tenggara berdasarkan  pencapaian Internet  di negara ini  agak bagus berbanding dengan negara ASEAN yang lain," katanya. 


Kakitangan MyCar menunjukkan aplikasi baru MyCar 3.0 ketika majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Selain itu, MyCar juga memaklumkan akan menambah perkhidmatan untuk pelajar sekolah dan korporat yang dikenali sebagai MyCar For School dan MyCar For Business.

Melalui pengenalan aplikasi baharu, terdapat tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan termasuk mempelbagai cara bayaran melalui e-wallet dan tanpa tunai.

Pembangunan logik algoritma juga melayakkan pengguna menebus hadiah termasuk di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat beli belah yang terkenal. - KitaReporters


9
1
0
0
0
You will be interested