Alam & Sains 08 Jul, 2020

Bancian 2020 seperti Waze! Penunjuk arah masa depan negara!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

SUDAH enam dekad berlalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ditubuhkan pada Julai 1970 dan kini melaksanakan bancian penduduk serta perumahan (kediaman) yang bermula pada 7 Julai 2020. Program banci ini dilaksanakan setiap sepuluh tahun bagi mengemas kini data dan profil kependudukan seperti pekerjaan, pendapatan isi rumah, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. : KitaReporters


Penduduk negara kini telah mencapai sebanyak 32.6 juta orang termasuk warga asing yang telah menetap sekurang-kurangnya enam bulan di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020), berkata walaupun negara masih melalui kesukaran dan kesulitan akibat wabak COVID-19, namun fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), panduan prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi para petugas Jabatan Perangkaan dan masyarakat yang terlibat dalam program bancian tahun 2020 ini.

Tambah beliau lagi, statistik rasmi merupakan teras kepada proses pembentukan dasar sosioekonomi negara.

Program bancian ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dan berakhir 7 hingga 24 Oktober 2020.


Susulan wabak pandemik Covid-19 yang sedang berlaku ketika ini, pelbagai maklumat dan data terbaharu mengenai orang ramai (penduduk) amat diperlukan.

Ini termasuk sektor-sektor perniagaan, perindustrian, pendidikan, pertanian, pembinaan dan pelancongan yang perlu dikemaskinikan oleh kerajaan untuk kebaikan generasi akan datang. 


Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, pihaknya telah bersiap siaga untuk melaksanakan program Banci Malaysia 2020 berimpak tinggi dan berskala besar.

Seramai 11,667 tenaga kerja digunakan bagi menjayakan banci 2020 yang terdiri daripada 1,381 Pegawai Banci, 14,581 Penyelia, 99,356 Pembanci dan 349 Ahli Jawatankuasa.

Sebanyak 9 juta kediaman dengan 8.2 juta isi rumah merangkumi 160 daerah pentadbiran serta 99,356 blok penghitungan akan direkod data ke dalam sistem DOSM.



Terdahulu Dr Mohd Uzir memperkatakan tentang kepentingan maklumat dan data sebagai persediaan menuju ke arah membina negara maju.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi temu bual dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3(Sistem Televisyen Malaysia Berhad) baru-baru ini.

“Jika kita ingin menuju ke satu destinasi atau lokasi, biasanya masyarakat hari ini akan menggunakan Waze sebagai panduan untuk sampai.

“Begitulah juga dengan negara kita yang memerlukan maklumat dan data-data yang penting untuk melaksanakan perancangan pada masa depan dan mencapai matlamat serta hala tuju (perancangan) negara.

“Banyak data terdahulu (lama) tidak lagi relevan untuk rujukan kepada orang ramai khususnya melibatkan golongan penyelidik, ahli perniagaan, pendidik, pemimpin negara, para pelajar dan sebagainya,” ujar beliau.

Justeru itu, Jabatan Perangkaan Malaysia kini telah bersiap siaga untuk melakukan tugasan penting  iaitu program banci negara yang akan dilaksanakan ke seluruh negara. - KitaReporters

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin


Sumber:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/banci-2020-akan-dilaksanakan-dalam-dua-fasa-bermula-7-julai-ini-dosm-245703

https://www.dosm.gov.my/v1_/

https://www.pmo.gov.my/ms/2020/07/banci-asas-penting-kepada-perancangan-pembangunan-negara-muhyiddin/

1
0
0
0
0
You will be interested