KETERUJAAN seorang wanita muda pulang ke rumahnya sendiri selepas lama ditinggalkan berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan apabila menemui sesuatu yang aneh di bahagian dapurnya. : KitaReporters
Donna Poree terpaksa menghabis beberapa jam untuk membersihkan kabinet dapurnya.Kredit metro.co.uk
Memetik Mirror.co.uk, Donna Poree mengakui tidak sabar untuk pulang ke rumahnya sendiri selepas hampir tiga bulan meninggalkan kediamannya di bandar Caen, Paris.
“Sebaik sahaja membuka pintu rumah saya terus meluru masuk memeriksa keadaan rumah dan mendapati sesuatu yang aneh seperti tumbuhan menjalar di bahagian penjuru di kabinet rumah ini.
“Keadaan tersebut sangat memeranjatkan menyebabkan terus membuka lampu dan mendekati namun terkejut apabila mendapati pokok menjalar berkenaan adalah tunas daripada ubi kentang yang ada di dapurnya,” ujarnya.
Dia memberitahu, sebelum tempoh berkurung dia ada membeli ubi kentang berkenaan dan diletakkan di dalam plastik untuk dijadikan hidangan makan malam.
Namun belum sempat menyediakan hidangan berkenaan
berikutan perintah berkurung dikuatkuasakan.
“Tak sangka pula ubi kentang yang dibeli untuk dijadikan
hidangan makan malam itu bertukar menjadi pokoknya,” ujarnya.
Poree berkata, selepas dikuatkuasakan perintah berkurung dia menghabiskan masa di rumah kekaksihnya di kawasan bandar yang berbeza.
Namun kepulangan semula ke flat yang didiami di Caen itu menjadi sesuatu di luar jangkaannya.
TUNAS ubi kentang tumbuh dengan segar di penjuru kabinet di rumahnya.
Dia kemudian tidak mahu melepaskan momen berkenaan
dengan merakamkan keadaan tunas sebelum berkongsi kejadian tersebut dalam media sosial
sehingga menjadi tular.
"Ramai kawan yang menggelakkan saya apabila memberitahu ‘cerita’ ini,” kongsinya.
Malah wanita berusia 20-an itu berkata, dia terpaksa menghabiskan masa beberapa jam untuk membersihkan ‘tanaman’ berkenaan berikutan tunas tersebut tumbuh di celah-celah cabinet di rumahnya. - KitaReporters
KENTANG Menjalar dengan jayanya melebihi semeter di kabinet dapur Donna Poree di Caen, Paris