Alam & Sains 08 Jan, 2024

Mana sikap sivik kita? Barang terpakai dibuang sahaja di tepi tong kitar semula! Cacatkan kebersihan!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


Tak tahu angkara siapa? Baju dan barang barang kitar semula yang sepatutnya dimasukkan dalam tong besar disepahkan sehingga mencacatkan pemandangan sebuah kawasan perumahan di Seksyen 7 Shah Alam. 

Terdapat baju, beg tangan, selimut, kasut dan buku-buku serta barangan lain dibiarkan bersepah dan mencacatkan pemandangan dikawasan perumahan tersebut. 

Bila hujan barang-barang berkenaan bertakung air dan dikhuatiri ada ular dan binatang berbisa.



Seorang penduduk yang sempat ditemui memberitahu, pada mulanya ada beberapa orang yang dilihat meletakkan beberapa bungkusan plastik berisi baju, kasut, beg dan buku-buku sekolah di tepi tong kitar semula di situ. Mereka tidak memasukkan ke dalam tong berkenaan sebaliknya meletakkan di tepi tong.

Dalam tinjauan penduduk tong masih kosong, tetapi mungkin mereka malas nak masukkan dalam tong berkenaan, maka mereka letak sahaja di tepi tong berkenaan. 



Sudah dua minggu keadaan berselerak disitu tidak dikemaskan oleh pihak-pihak tertentu. 

Apabila tiap-tiap petang hujan keadaan baju yang berselerak semakin teruk dan menjadikan kawasan itu seperti tempat pembuangan sampah sedangkan sebelum ini tempat itu agak bersih. 

Penduduk minta pihak MBSA meletakkan notis supaya memasukkan barangan kitar semula ke dalam tong yang disediakan dan bukan meletakkan di bawah atau di tepi tong yang boleh menyebabkan barang barang berkenaan berselerak dan bersepah.



Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama antara penduduk dan pihak majlis tempatan, justeru penduduk dan mereka yang tinggal berdekatan mestilah mengambil inisiatif menjaga kebersihan sekitar agar persekitaran tempat tinggal mereka bebas daripada penyakit berjangkit dan binatang berbiasa yang akan memudaratkan kesihatan. - KitaReporters


15
9
0
14
2
You will be interested