Alam & Sains 19 Apr, 2021

Berita Terkini| Selepas Kelantan, sekolah di 18 daerah Sarawak tutup 2 minggu! Elak tambah kes!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Penutupan semua sekolah di 18 daerah  di Sarawak bagi mengelak pertamabahan kes. - Kredit foto: Astro Awani


SEMUA sekolah di 18 daerah yang diletakkan dalam zon merah Covid-19 di Sarawak diarah tutup selama 14 hari bermula Selasa, 20 April 2021.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mendapati berlakunya banyak jangkitan di kawasan sekolah.

"Jangkitan itu boleh antaranya dibawa oleh ibu bapa kepada anak, malah ada juga kes jangkitan yang dibawa oleh guru.

"Demi kesihatan anak serta masyarakat keseluruhannya, kerajaan Sarawak memutuskan untuk menutup semua sekolah di daerah yang dikategorikan sebagai zon merah Covid-19," katanya pada sidang media penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, di Kuching, pada Isnin 19 April 2021.

Sebanyak 18 daripada 40 daerah di negeri ini dikategorikan sebagai zon merah, zon jingga (5), zon kuning (12) dan zon hijau (5) sehingga Ahad, 18 April 2021.

Daerah yang dikategorikan sebagai zon merah ialah Belaga, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Manakala enam daerah kini berada dalam zon jingga iaitu Betong, Asajaya, Bukit Mabong, Sebauh, Sri Aman dan Marudi manakala 12 daerah iaitu Pusa, Song, Bau, Kabong, Dalat, Daro, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Pakan, Tebedu dan Limbang pula zon kuning.

Empat daerah iaitu Lawas, Telang Usan, Lundu dan Simunjan pula dikategorikan sebagai zon hijau apabila tidak mencatat kes jangkitan tempatan Covid-19 dalam tempoh 14 hari.

Terdahulu, pada Isnin 18 April 2021, semua sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pelajaran (KPM) di tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup sehingga 24 April. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested