Alam & Sains 12 Jun, 2020

Capaian Internet! Calon buat temu duga di bawah pokok getah!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

JIKA sebelum ini, setiap calon yang mendapat panggilan temu duga kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu hadir ke IPTA tersebut untuk tapisan terakhir sebelum diterima masuk. Ye lah, calon yang mendapat temu duga begitu ramai tetapi tapisan perlu dilakukan agar hanya yang bertuah serta terbaik saja akan diterima oleh universiti itu. Namun begitu, tahun 2020 ini berbeza!! : KitaReporters


Berbanding tahun sebelumnya,  calon-calon yang terpilih akan ditemu duga secara maya, secara dalam talian (online).

Tetapi, untuk sesi temu duga di alam maya ini, ia memerlukan capaian Internet yang baik serta laju kerana jika tidak, sesi temu duga itu pasti akan terganggu dan menjejaskan peluang untuk dapat. 

Tidak semua orang mempunyai capaian Internet yang baik dan adakalanya, mereka perlu berjalan jauh untuk dapatkan Internet yang baik. 

Kredit Twitter Dr Rozanizam Zakaria


Dr Rozanizam Zakaria telah berkongsikan satu kisah dalam akaun Twitter miliknya mengenai satu sesi temu duga yang dijalankan oleh beliau untuk kemasukan program medic (perubatan) apabila ada calon mereka terpaksa berada di bawah pokok getah bagi memastikan sesi temu duga itu berjalan lancar

Calon ini terpaksa berbuat demikian kerana capaian Internet di situ lebih laju serta stabil dan tidak mahu melepaskan peluang terbaik bagi melanjutkan pengajian ke IPTA pilihannya.

Malah calon tersebut sempat memohon maaf kepada penemu duga tersebut kerana perlu adakan sesi itu di bawah pokok. 

Biarpun ada kedengaran kicauan burung-burung dan angin berlalu. Emm, mungkin burung-burung ini akan bawa tuah kepada adik ini!!! 

Tahniah adik!! Kerana berusaha sebaik mungkin mencari kawasan yang ada 'line' Internet terbaik. 

Ada rezeki, pasti tidak ke mana malah jika anda berjaya satu hari nanti, kisah ini bakal menjadi kenangan sangat manis dan motivasi kepada orang lain. 

Namun, pujian harus diberikan kepada Dr Rozanizam ini kerana jawapan beliau sangat profesional. 


Mahu tidak mahu, kita perlu membiasakan diri dengan perkara ini sejajar dengan perkembangan teknologi ketika ini. 

Teknologi sekarang sememangnya telah banyak berubah berbanding sebelumnya. Malah jika kita dapat mencapai kelajuan Internet 5G, lagi banyak perubahan akan terjadi. 

Jadi tak mustahil pada masa hadapan nanti, temu duga di alam maya akan jadi pilihan penemu duga kerana ia dapat menjimatkan banyak kos. - KitaReporters

6
2
0
0
0
You will be interested