Alam & Sains 23 Aug, 2021

Terengganu cadang haramkan penjualan semua jenis telur penyu, tuntung! Insya-Allah bermula 2022!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


PELANCONG yang memilih ke Negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan pada kebiasayaannya tidak terkecuali untuk berkunjung ke Pasar Payang, Kuala Terengganu terutama mereka yang gemarkan telur penyu dan tuntung sebagai buah tangan apabila kembali ke negeri masing-masing. 

Ini kerana telur penyu dan tuntung banyak dijual secara terbuka di pasar tersebut kerana negeri itu adalah antara pengelur utama telur berkenaan yang menjadi kegemaran kepada sesetengah pihak. Namun mungkin tidak lagi selepas ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telur

Dr Azman Ibrahim


Para peminat telur penyu dan tutung yang berkunjung ke negeri ini mungkin tidak lagi berpeluang untuk membeli telur tersebut jika sekiranya cadangan kerajaan negeri yang akan melaksanakan penguatkuasaan pengharaman jualan telur penyu dan tuntung pada tahun 2022

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pindaan Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) kini dalam semakan akhir sebelum dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada November 2021.

Katanya, selepas itu, proses undang-undang akan mengambil masa agak lama tetapi yang penting ia mendapat kelulusan sidang DUN berkenaan.


Telur penyu banyak dijual di Pasar Payang,Kuala Terengganu


Sebelum ini, katanya, larangan hanya membabitkan telur penyu belimbing tetapi spesies lain (agar, karah dan tuntung) dibenarkan menyebabkan ia dijual secara terbuka termasuk di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Ketika ini, penjualan telur penyu di Terengganu masih dibenarkan jualannya secara terbuka  kerana peraturan mengizinkan berbuat demikian.

"Oleh sebab itu kita perlu pinda peraturan ini supaya larangan penjualan semua jenis telur penyu dikuatkuasakan segera," katanya.


Telur penyu enak dimakan


Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jabi berkata, pihaknya sedar Terengganu satu-satunya negeri yang masih membenarkan penjualan telur penyu di negara ini.

Beliau berkata, antara pindaan enakmen ialah kadar denda bagi kesalahan bunuh, ganggu penyu dan sebagainya.

Katanya, ada kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan kerana jumlah yang ditetapkan pada tahun 1987 sudah tidak praktikal dengan keadaan sekarang kerana hukuman terlalu ringan dan tak mampu untuk mencegah.

"Kita mahu supaya peruntukan dalam enekmen ini bersifat pencegahan. Bila hukuman agak tinggi, secara tidak langsung akan menakutkan orang untuk melanggar peraturan ini," jelasnya. - KitaReporters


Telur penyu banyak dijual di Pasar Payang,Kuala Terengganu

 

1
1
1
0
0
You will be interested