Alam & Sains 10 Oct, 2021

Ramai sudah nak rentas negeri! LPT2 bersiap sedia! 45,000 kenderaan dijangka guna lebuh raya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Gambar hiasan... Jumlah kenderaan di Lebuh Raya LPT2 dijangka meningkat apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan.


PENGURUSAN Lebuh Raya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) membuat persiapan awal bagi menghadapi pertambahan kenderaan yang dijangkakan meningkat apabila kerajaan mengumumkan kebenaran perjalanan merentas negeri tidak lama lagi.

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2, Suhaimi Samat berkata, pihaknya menjangka sekiranya perjalanan merentas negeri dibenarkan jumlah kenderaan dijangka meningkat antara 38,000 hingga 45,000 kenderaan bergerak pada setiap hari melalui laluan tersebut.

Katanya, secara asasnya LPT2 sudah bersedia berdepan dengan peningkatan jumlah kenderaan itu termasuk dari segi petugas di lapangan dan 10 plaza tol yang terdapat di sepanjang lebuh raya berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan LPT2

Lebuh Raya Pantai Timur LPT2 penghubung penduduk Pantai Timur


"LPT2 menjangkakan ramai penduduk daerah ini akan merebut peluang yang sudah sekian lama ditunggu untuk melancong dan berhubung semula dengan keluarga dan sahabat handai di negeri-negeri lain," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad 10 Oktober 2021. 

Beliau berkata, semua kemudahan awam di R&R dan Hentian Sebelah LPT2 sentiasa dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang ketat sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang LPT2 untuk memastikan kebersihan dikekalkan kerana kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam sehari.

Katanya, kakitangan LPT2 terdiri daripada LPT2 Ronda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya serta kakitangan perkhidmatan pelanggan di lebuh raya sepanjang 184 kilometer sentiasa bersedia bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna. 

Selain itu katanya, kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya juga memberi keyakinan kepada pelanggan lebuh raya.

"Dengan 89.4 peratus daripada penduduk dewasa kita telah divaksin sepenuhnya setakat 8 Oktober 2021, kami menjangkakan pengumuman yang ditunggu-tunggu akan diputuskan dalam masa tak lama lagi,” katanya.


12
9
0
14
1
You will be interested