Alam & Sains 10 Oct, 2020

Kes baharu COVID-19! Jumlah pasukan pematuhan SOP ditambah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Berikutan peningkatan besar kes baharu COVID-19 di seluruh negara, Polis Terengganu telah meningkatkan jumlah pasukan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Terengganu dengan mewujudkan 93 pasukan berbanding 60 sebelum ini. Usaha ini bagi menjamin tahap pematuhan yang lebih tinggi dan ketat dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri ini. : KitaReporters

Pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) bergerak diadakan di seluruh Terengganu oleh PDRM


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pasukan pematuhan ini dianggotai dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan agensi-agensi lain akan membuat pemantauan ke lokasi tumpuan awam di seluruh negeri.

Penambahan itu dilihat sebagai satu cara terbaik bagi memastikan rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila mereka berada di luar rumah. 

Katanya, polis akan menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), jika hendak keluar ke tempat awam dan sebagainya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah melaporkan mengenai wujudnya kluster baharu di negeri itu yang dikenali sebagai Kluster Bah Sahabat.

"Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu

"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. 

"Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: 10 kes dikesan positif COVID-19; 34 individu negatif; dan 44 individu masih menunggu keputusan," menurut catatan dalam Facebook JKNT.



Dalam pada itu, polis Terengganu juga memperkenalkan sistem Sekatan Jalan Raya (SJR) secara bergerak seluruh negeri ini bagi mencegah penularan COVID-19 berkuat kuasa pada 8 Oktober 2020 lalu. Menerusi kaedah itu sebanyak 16 lokasi terpilih seluruh Terengganu akan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Roslee Chik berharap, pelaksanaan SJR secara bergerak pada setiap empat jam itu diharap dapat mengawal pergerakan masyarakat yang keluar masuk dari satu-satu daerah.

"Pada masa yang sama, dengan adanya SJR ini, pihak polis boleh juga mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan manusia dan dadah," katanya pada sidang media d di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Kuala Terengganu. - KitaReporters

Sekatan Jalan Raya (SJR) bergerak bermula di Terengganu

3
1
2
0
4
You will be interested