Alam & Sains 03 Oct, 2020

11 kes aktif COVID-19 di Terengganu! Satu sekolah ditutup!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PENULARAN wabak koronavirus COVID-19 di Terengganu terus bertambah apabila Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan tiga lagi kes baharu COVID-19 menjadikan 11 kes yang aktif di negeri ini sehingga  2 Oktober 2020. Berikutan perkembangan terbaharu itu, sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara. : KitaReporters 

Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara berikutan laporan mengenai COVID-19. - Kredit foto: cikgushares.com


Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Berkenaan 3 kes terbaharu di Terengganu, satu daripada kes berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Negeri Sabah manakala dua kes merupakan kontak rapat kepada pesakit yang juga baharu pulang dari negeri terbabit.

Pengarah JKNT, Dr Nor  Azimi Yunus berkata, kesemua 11 kes aktif terbabit telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu bagi rawatan dan pengasingan. 

 Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus


Berikutan perkembangan terbaharu COVID-19 di negeri ini, sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara bermula pada 2 Oktober 2020 selepas seorang guru yang merupakan kontak rapat kepada pesakit yang pulang dari Sabah disahkan positif koronavirus COVID-19.

Katanya, seramai 90 individu terdiri daripada 62 orang murid, 23 guru dan lima kakitangan sokongan sekolah berkenaan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada guru terbabit menjalani ujian saringan COVID-19 pada 1 Oktober 2020. 

Grafik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenai kes COVID-19 pada 2 Oktober 2020


 

Status VOVID-19 mengikut Mukim di Terengganu pada 2 Oktober 2020


“Selain disaring, mereka turut diletakkan di bawah perintah pengawasan dan dikuarantinkan sebagai langkah awal pencegahan penyebaran wabak berkenaan,” katanya dalam kenyataan media pada 2 Oktober 2020.

Katanya, salah seorang pesakit Covid-19 merupakan guru di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Nerus. 

Beliau berkata, sebagai langkah kawalan, sekolah ini ditutup sementara mulai 2 Oktober 2020 dan aktiviti disinfeksi secara menyeluruh akan dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Kenyatan Media Pengarah JKNT


Menurut Dr Nor Azimi, sekolah tersebut telah pun disinfeksi sebaik sahaja guru berkenaan disahkan positif dan proses nyahcemar kedua akan dilakukan pada Isnin, 5 Oktober 2020 ini. 

Sementara itu beliau berkata, Terengganu hari ini merekodkan tiga kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang aktif sebanyak 11 kes.

“Satu daripada kes baharu ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah manakala dua kes merupakan kontak rapat kepada pesakit yang juga baru pulang dari Sabah. 

Dr Nor Azimi mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat. - KitaReporters

13
10
70
9
10
You will be interested