SEORANG pengguna Facebook, Hanthan Khuart, berkongsi pengalamannya bertemu dengan seekor kucing yang cedera parah akibat tertusuk anak panah pada matanya. Perkongsian tersebut mengundang simpati dan amarah orang ramai terhadap kekejaman haiwan.
Ramai menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan agar si pelaku yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu ditangkap segera!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing
Bayangkan kesakitan yang dialami oleh kucing ini.
Menurut Hanthan, dia menemui kucing malang tersebut namun
tidak tahu bagaimana cara untuk menanggalkan anak panah yang tertusuk itu. Justeru,
dia mengambil langkah untuk bertanya di dalam beberapa grup dalam Facebook agar
ada pihak yang membantu.
“Salam, ada sesiapa tahu tak macam mana nak buang benda ni? Saya jumpa kucing di kawasan Machang Bubok, Pulau Pinang,” tulisnya meminta bantuan dan pendapat orang ramai.
Kucing malang ini terseksa gara-gara sifat tidak berperikemanusiaan seorang manusia!
Antara yang memberi perhatian terhadap
perkongsiannya itu ialah Persatuan Haiwan Malaysia (MAA).
Tegas MAA, sekiranya didapati kucing berkenaan
sengaja dicedera dan dizalimi sedemikian rupa, ia merupakan kesalahan jenayah
yang amat serius.
“Setelah lima tahun penguatkuasaan Akta Kebajikan
Haiwan 2015 masih berlaku kezaliman haiwan yang tidak masuk akal di negara ini.
“Dakwaan kucing ditusuk di Machang Bubok, Pulau
Pinang merupakan jenayah yang amat serius dan pelakunya boleh diklasifikasikan
sebagai penjenayah bahaya yang tiada sifat belas ihsan.
“Saksi utama melihat keberadaan kucing malang
ditusuk mata ini dirayu tampil tanpa gentar untuk salurkan maklumat dengan
lengkap. Selain itu mohon bawa kucing yang sedang menderita ini ke veterinar
berhampiran untuk dapatkan bantuan rawatan perubatan segera untuk mengelakkan
komplikasi lebih parah.
“Maklumat lengkap boleh terus dilaporkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri,” tulis pihak MAA dalam Instagram rasmi milik mereka.
MAA menggesa agar pihak berkuasa menangkap si pelaku dengan segera.
Kadang-kadang terfikir, tidak adakah sekelumit perasaan sayang atau kasihan kepada haiwan-haiwan yang diseksa oleh pelaku ini? Apakah yang mereka dapat dengan menyeksa haiwan-haiwan lemah seperti ini? Semoga di pelaku dapat ditangkap segera. - KitaReporters