Alam & Sains 03 Nov, 2020

Eropah diserang lagi! Agama Islam, Muslim akan diserang juga

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

PENDUDUK sekitar pusat bandar Vienna, Austria gempar dengan kejadian bunyi ‘tembakan’ pada jam 8 malam waktu tempatan pada Isnin, 2 November 2020. Pada awalnya mereka menyangka itu adalah seperti bunyi ‘mercun’. Namun, menurut media tempatan dilaporkan lebih lima puluh tembakan telah dilepaskan oleh kumpulan pengganas. : KitaReporters


Polis Austria mengadakan sekatan jalan raya  berhampiran Dataran Schwedenplatz selepas kejadian tembakan rambang oleh kumpulan penyerang di Vienna, Austria. - Kredit foto Reuters


Lagi cerita-cerita berkaitan keganasan:

https://kitareporters.com/search?search=keganasan


Biasanya bila perkataan "keganasan" dan "pengganas" mula digunakan oleh pemimpin Barat dan media mereka dalam jenayah serangan individu atau kumpulan bersenjata, maka istilah pengganas itu merujuk khusus kepada orang Islam, hanya orang Islam sahaja!!

Dalam insiden tersebut dua orang awam ditemui maut dan salah seorang penyerang (penembak) berjaya ditembak mati oleh anggota polis sebaik sahaja mereka sampai di lokasi.

Pihak polis, dalam ciapan dalam Twitter, turut mengesahkan kejadian bahawa dua orang awam maut dan seorang penyerang berjaya ditembak mati oleh polis. Manakala lima belas yang lain cedera termasuk seorang anggota polis.


Pasukan polis Austria berkawal di lokasi serangan pengganas di bandar Vienna Austria. - Kredit foto CNA.


Serangan pengganas yang bersenjatakan senapang berlaku di enam lokasi berbeza di bandar Vienna, Austria - Kredit foto Reuters.


Salah satu lokasi berlaku kejadian melepaskan tembakan secara rambang oleh kumpulan pengganas di sekitar bandar Vienna, Austria.- Kredit foto agensi.


"Serangan dilakukan oleh beberapa suspek bersenjatakan senapang di enam lokasi berbeza.

"Tembakan kedengaran sekitar jam 8 malam (2100 GMT) waktu tempatan (atau 5 pagi Selasa, 3 November 2020, waktu Malaysia)  bermula di Seitenstettengasse di wilayah tengah bandar," kata polis.

Canselor Austria, Sebastian Kurz, turut mengesahkan kematian tiga orang termasuk seorang penyerang dalam serangan ‘mengejut’ berhampiran sebuah rumah ibadat Yahudi di ibu negara Austria itu.

Menurut saksi mereka mendengar bunyi tembakan senjata yang dilakukan secara rambang oleh salah seorang penembak.

Kemudian beberapa siren kedengaran di tengah bandar Vienna susulan tindak balas pasukan keselamatan berhubung kejadian itu.

Presiden komuniti Yahudi di Vienna, Oskar Deutsch, turut berkongsi pengalaman berkata tembakan telah dilepaskan berhampiran saumaah (synagogue) Yahudi, The Stadttempel; dan tidak dapat dipastikan sama ada rumah ibadat tersebut menjadi sasaran serangan.


Karl Nehammer - Kredit foto Reuters


Menteri Dalam Negeri Austria, Karl Nehammer, menyifatkan serangan berkenaan sebagai perbuatan pengganas yang pengecut.

"Ia adalah satu serangan pengganas mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa mangsa, dilakukan sejumlah penyerang," katanya kepada stesen penyiaran awam, ORF.

Beliau turut menasihati  orang ramai supaya tidak mengunjungi tempat-tempat awam dan pengangkutan awam.

Sementara itu di Brussels, Belgium, Ketua Kesatuan Eropah (EU), Charles Michel, turut mengutuk serangan pengganas di Vienna pada 2 November 2020 itu sebagai satu perbuatan bacul dan penakut.

"Eropah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pengecut ini yang mencabuli nilai kehidupan manusia," katanya menerusi Twitter.

Di Prague, pasukan polis Czech telah melancarkan segera pemeriksaan ketat di pintu-pintu sempadan negara itu bersama Austria.

"Polis menjalankan pemeriksaan ke atas setiap kenderaan dan penumpang yang menyeberangi sempadan Austria, sebagai langkah keselamatan dan pencegahan serangan pengganas di Vienna," katanya melalui dalam Twitter.

Menteri Dalam Negeri Czech, Jan Hamacek, berkata, polis negara itu bekerjasama rapat bersama rakan sejawat mereka di Austria susulan tragedi itu.



Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pula berkata tindakan pengganas itu bermotifkan kebencian dan tidak ada lagi tolak ansur selepas ini.

"Kami di Perancis berkongsi kesedihan bersama penduduk Austria yang turut diserang," katanya merujuk kepada serangan sebelum ini di sebuah gereja di Nice dan kes seorang guru sekolah dipenggal kepala di Paris baru-baru ini.

Di Rom, Itali, Perdana Menteri, Giuseppe Conte, turut mengutuk serangan terbabit.

"Tiada ruang untuk kebencian dan keganasan di bumi Eropah," katanya menerusi Twitternya.

Menteri Luar Itali, Luigi D Maio,menyeru supaya seluruh Eropah bertindak tegas berikutan perbuatan serangan pengganas yang melampau.



Kebanyakan pemimpin-pemimpin negara di seluruh benua Eropah mengaitkan perbuatan serangan berkumpulan atau individu adalah dari kumpulan puak militan Islam yang dikaitkan dengan ancaman Islamofobia dalam masyarakat Barat. - KitaReporters


Sumber:

https://www.msn.com/en-my/news/world/at-least-two-killed-in-vienna-attack-involving-multiple-assailants-locations/ar-BB1aD1SZ?ocid=msedgdhp

0
0
3
1
0
You will be interested