Alam & Sains 09 May, 2021

Berita Terkini| Sebulan air percuma di Terengganu! 1.33j rakyat nikmati sempena Aidilfitri!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

LEBIH 1.33 juta rakyat Terengganu bakal menikmati air percuma bagi 20 meter padu pertama selama sebulan.


LEBIH 1.33 juta rakyat negeri Terengganu berpeluang menikmati bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama selama sebulan sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bekalan air percuma itu melibatkan semua pengguna dan semua kategori rumah bermula 1 hingga 31 Mei.

Tegas beliau kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM570,000 bagi tujuan itu, sekali gus membantu rakyat menghadapi suasana hari raya dalam ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19. 

"Kerajaan bersetuju memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna dan semua kategori rumah sempena Aidilfitri.

“Kita harap inisiatif ini dapat meringankan impak ekonomi akibat Covid-19 yang melanda. Ia juga sebagai tanda simpati dan prihatin kerajaan lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Terengganu pada Ahad, 9 Mei 2021.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah melaksanakan inisiatif sama iaitu pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada penerima bantuan e-Kasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). -  KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Dr. Ahmad Samsuri berharap inisiatif ini dapat meringankan impak ekonomi akibat Covid-19 yang melanda . Kredit Foto utusanonline.com 

0
2
0
0
0
You will be interested