USAHA memerangi wabak Covid-19 tak terbatas kepada saintis dalam makmal perubatan dan uji kaji sains sahaja. Tetapi juga kepada para saintis data dan pemaju perisian bagi mencari penyelesaian atau solusi yang relevan kepada usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) ini. : KitaReporters
Sehubungan itu, syarikat Forkwell.io, menganjurkan pertandingan dalam talian ‘Forkwell Coronovirus Hack’ bagi memberi peluang para saintis data dan pemaju perisian mencari penyelesaian yang relevan kepada pandemik Covid-19 ini.
Pertandingan yang akan bermula pada hari Isnin, 30 Mac 2020 pada 12 malam dan akan berlangsung sehingga Isnin, 13 April 2020 pada pukul 12 malam menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih daripada USD$3,200 (kira-kira RM14,050) selain akses eksklusif kepada program pemecut untuk memberi ldea lebih lanjut.
Sebagai penganjur utama Forkwell.io, yang merupakan anak syarikat teknologi Grooves Inc bekerjasama dengan Microsoft, Digital Economy Corporation (MDEC), Runcloud, dan Sunway iLabs dalam menganjurkan pertandingan yang akan dipantau sepanjang tempoh dua minggu oleh mentor secara maya melalui sesi Soal Jawab secara langsung bersama pakar-pakar mata pelajaran yang berbeza.
"Dengan Covid-19 menyebar begitu cepat dan menjejaskan begitu banyak aspek kehidupan seharian, kami ingin melakukan bahagian kami dalam memerangi virus ini supaya mudah-mudahan penyelesaian akan ditemui tidak lama lagi.
"Kami menyokong Forkwell.io dalam menganjurkan pertandingan ini untuk menangani kedua-dua penemuan dadah untuk memerangi Covid-19 dan pencegahan, ramalan dan penahanan virus dari perspektif teknologi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Grooves Inc, Yukihiro Ikemi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Imej Virus Covid-19 yang membulat dan mempunyai 'pancang'. - Kredit foto: FCW.comMenurut belIau, oleh kerana virus Covid-19 menyerang mangsa dengan suntikan ‘pancang’ ke dalam sel-sel sihat, para peserta dikehendaki mencari komposisi ubat sesuai yang boleh mengikat virus tersebut, sekali gus menghalang keupayaan kuman tersebut merebak.
“Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti calon yang berpotensi, kemudian menggunakan kaedah yang dipanggil ‘dok’ untuk menentukan bagaimana dua atau lebih molekul dapat terikat bersama dengan cara yang paling stabil untuk membentuk ubat baru,” jelas Yukihiro Ikemi.
Walaupun kerajaan di seluruh dunia menggunakan tindakan utama seperti menghentikan semua perkhidmatan yang tidak penting, menggalakkan amalan menjarakkan diri (social distancing) dan bekerja dari rumah, serta melaksanakan garis panduan kebersihan yang ketat untuk menangani penyebaran virus, kes-kes Covid-19 masih meningkat.
Oleh itu, bahagian kedua pertandingan ini dibuka kepada peserta untuk membina aplikasi berasaskan web atau mudah alih bagi membantu Malaysia dan seluruh dunia mengatasi wabak ini.
Dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan data besar ke dataset yang tersedia secara umum, segala berita terkini berkaitan Covid-19 boleh dilaporkan dan dipantau satu dunia.
“Walaupun Covid-19 terus menyebar, Malaysia dan seluruh dunia terus menunjukkan kekuatan melalui kerja berpasukan komuniti dan perisian sumber terbuka.
"Usaha persaingan ini dilihat dapat menguasai dan memberi harapan untuk memerangi virus,” akhiri Ikemi.
Jadi, apa tunggu lagi, para saintis tempatan mahu pun dunia.Inilah peluang anda untuk membuat kajian dan menyumbangkan tenaga ke arah mencari solusi terbaik dalam mengatasi virus Covid-19.
Tiga pemenang dicari bagi memenangi hadiah lumayan.
Untuk info lanjut dan penyertaan boleh layari laman web rasminya di https://www.forkwell.io/events/forkwell-coronavirus-hack.
Good luck semua, semoga hasil anda bermanfaat agar pandemik ini dapat dihentikan segera. Dah lama sangat dah #DudukRumah. - KitaReporters