Alam & Sains 19 Jul, 2022

Tolong kami! Bantu ICRC! Situasi kebuluran meruncing! Krisis mendesak! Berjuta-juta terperangkap!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Di Afghanistan


Di Congo


BERATUS-RATUS juta orang berisiko mengalami kebuluran teruk dalam beberapa bulan akan datang apabila kemiskinan tegar, ketidaksamaan dan ketidakjaminan makanan (food insecurity) meningkat, terutama di bahagian Afrika dan Timur Tengah, berikutan kejutan dalam sistem makanan, tenaga dan kewangan.

Konflik di Ukraine telah menyumbang kepada kenaikan mendadak harga bahan api, baja dan makanan. Ini telah meningkatkan perbelanjaan isi rumah dan memaksa keluarga membuat pilihan yang mustahil setiap hari.

Walaupun badan kemanusiaan telah berulang kali membangkitkan isu tersebut, masih tiada penyelesaian berskala besar untuk mengurangkan tekanan yang ditimbulkan oleh perang di Ukraine terhadap populasi yang sangat bergantung kepada eksport bijirin dari Rusia dan Ukraine.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)

Di Congo


“Kami menghadapi situasi sekuriti makanan global yang mendesak dan semakin merosot, terutama di bahagian Afrika dan Timur Tengah. 

"Konflik bersenjata, ketidakstabilan politik, kejutan iklim (climate shock) dan impak sekunder pandemik COVID-19 telah melemahkan kapasiti untuk bertahan dan pulih daripada kejutan. Kesan akibat konflik bersenjata di Ukraine telah memburukkan lagi keadaan yang sudah kritikal,” kata Robert Mardini, ketua pengarah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

“Keadaan adalah mendesak, dan tempoh masa yang tinggal untuk bertindak semakin mengecil. Tanpa usaha bersepadu dan kerjasama, ini berisiko menjadi krisis kemanusiaan yang tidak dapat dipulihkan dengan kesan kemanusiaan yang tidak dapat dibayangkan," katanya lagi.


Di Mali


Di Mali


Negara-negara yang akan terjejas paling teruk ialah mereka yang telah menghadapi krisis kemanusiaan yang disebabkan oleh peperangan atau ketidakstabilan yang berdekad-dekad lamanya – ini termasuk tempat-tempat di mana ICRC mempunyai operasi terbesarnya, seperti Syria, Yaman, Mali, Ethiopia (Habsyah), Somalia dan Afghanistan.

Malangnya, kita boleh menjangkakan untuk melihat lebih banyak imej kanak-kanak yang tidak cukup makan pada minggu-minggu akan datang, kerana kanak-kanak yang akan terjejas paling teruk oleh krisis makanan. 

Di Somalia, sebagai contoh, bilangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami Malnutrisi Akut Teruk dengan komplikasi perubatan yang dimasukkan ke Pusat Penstabilan kendalian ICRC telah meningkat hampir 50% berbanding tempoh yang sama tahun lepas (2021). 

Kenaikan harga makanan menyebabkan banyak keluarga menghentikan persekolahan anak-anak kerana mereka tidak lagi mampu membayar yuran.

Harga bijirin di Afrika telah melonjak kerana kemerosotan dalam eksport dari Ukraine, memburukkan kesan konflik dan perubahan iklim. 

Rusia dan Ukraine bersama-sama membentuk 25% daripada pengeluaran gandum dan bijirin dunia, manakala kira-kira 85% daripada bekalan gandum Afrika diimport. Somalia, sebagai contoh, mendapat lebih daripada 90% gandumnya dari Rusia dan Ukraine.


Di Selatan Sudan


Di Nigeria


Kenaikan harga global memberi kesan yang tidak seimbang kepada mereka yang paling terdedah kepada kejutan tersebut, terutama petani sara diri dan penduduk di kawasan yang dilanda konflik, di mana perlindungan sosial adalah lemah. Komuniti-komuniti ini telah menyaksikan berjuta-juta ekor ternakan mati tahun ini akibat kemarau. 

Di Yaman, selepas bertahun-tahun perang saudara, lebih daripada 50% penduduk - lebih daripada 16 juta orang – mengalami ketidakjaminan makanan yang amat serius.

Ketidakjaminan makanan adalah satu cabaran yang kompleks, tetapi terdapat langkah-langkah berguna yang boleh diambil. ICRC mempunyai tiga seruan utama untuk bertindak:

  • Pertama, dalam konflik, pihak yang terlibat dalam pertempuran mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan keperluan asas orang awam di kawasan di bawah kawalan mereka dipenuhi. Mereka mesti melindungi tanaman, ternakan, struktur air dan kemudahan kesihatan yang sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk. Ini termasuk memudahkan akses kemanusiaan yang pantas dan tanpa halangan.
  • Kedua, pembiayaan untuk menangani krisis makanan perlu ditambah segera untuk menyelamatkan nyawa. Walau bagaimanapun, tindakan jangka panjang untuk mengurus risiko dan mengukuhkan daya tahan juga penting untuk bersedia menghadapi krisis seterusnya. Kita harus memastikan bantuan sampai kepada mereka yang terjejas akibat konflik dan menyokong pertanian pintar iklim dan amalan penggembalaan.
  • Ketiga, memenuhi skala keperluan dalam seruan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memanfaat daripada kapasiti semua aktor, termasuk agensi kemanusiaan dan pembangunan, institusi kewangan, serta pihak berkuasa tempatan dan serantau.


Di Selatan Sudan


Kemurahan hati daripada penderma dan rakan kongsi ICRC mengenai Ukraine amat dialu-alukan. 

Apa yang membimbangkan, kami melihat kemerosotan dalam pembiayaan keseluruhan untuk menampung belanjawan global kami. Bidang penting kerja kami di seluruh dunia pada masa ini sangat kekurangan dana, ini mengancam keupayaan kami untuk membantu mereka yang mengalami kesan konflik dan keganasan, termasuk program bantuan makanan.

Kami mengingatkan negara-negara bahawa sekatan yang dikenakan dalam konteks konflik boleh memberi kesan negatif terhadap keupayaan aktor kemanusiaan untuk beroperasi. Kami menggesa negara-negara untuk memastikan tindakan kemanusiaan yang berkesan (carve-outs) dalam reka bentuk dan pelaksanaan sekatan tersebut.


Di Somalia


“Kami tetap komited untuk bertindak balas terhadap kecemasan ini, tetapi badan kemanusiaan sahaja tidak mampu menanganinya. Kita - komuniti global -- perlu secara kolektif menggandakan usaha kita melalui tindakan yang disesuaikan. Tanggungjawab ada pada kita semua. Terlalu banyak nyawa, dan terlalu banyak penderitaan, dipertaruhkan,” kata Mardini. - KitaReporters/Kenyataan Media


Di Yemen


Fakta-fakta tentang krisis makanan yang membimbangkan ICRC:

  • Dianggarkan 346 juta orang di Afrika menghadapi masalah ketidakjaminan makanan yang teruk, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). Itu adalah angka yang mengejutkan, yang bermaksud bahawa satu perempat daripada populasi benua itu kekurangan makanan.
  • Hampir 10 juta orang di Sudan dan 7 juta orang di Sudan Selatan mengalami ketidakjaminan makanan yang amat teruk.
  • Malah sebelum meningkatnya konflik bersenjata di Ukraine, 90% penduduk Syria hidup dalam kemiskinan, dua pertiga bergantung kepada bantuan kemanusiaan, dan 55% adalah mengalami ketidakjaminan makanan.
  • Negara-negara di Sahel sedang mengalami salah satu kemarau yang paling teruk dalam beberapa dekad. Niger dan Mauritania telah menghasilkan 40% kurang makanan daripada purata lima tahun.
  • Di Afghanistan, harga tepung gandum naik 47% berbanding setahun lalu, manakala minyak masak naik 37%. Baja diamonium fosfat naik 91% dan harga diesel naik 93%. Afghanistan mengimport kebanyakan gandumnya dari negara jiran Kazakhstan, yang telah mengenakan sekatan eksport akibat konflik di Ukraine.
  • Program Makanan Sedunia (WFP) menganggarkan bahawa tambahan 47 juta orang akan mengalami ketidakjaminan makanan pada tahun 2022, menjadikan jumlah global kepada 811 juta orang.

5
11
1
10
0
You will be interested