Alam Canggih 13 Sep, 2022

Mampukah Tasik Chini kembali tersenyum? Diberi tempoh oleh UNESCO! Kempen Penanaman 100 Juta Pokok!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Tasik Chini, Pekan Pahang. - Kredit foto: Dayang Aziz


TASIK Chini yang terletak dalam daerah Pekan, Pahang mungkin boleh kembali 'senyum' setelah berdepan beberapa episod mendukakan

Paling parah, tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia ini dilaporkan berisiko dilucutkan status sebagai Tapak Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berikutan tidak lagi memenuhi kriteria ditetapkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tasik Chini

Hutan di sekitar Tasik Chini kelihatan gondol akibat aktiviti-aktiviti pembangunan. - Kredit foto: Google Image


Memetik laporan oleh Berita Harian bertarikh 31 Julai 2022, UNESCO memberi tempoh kepada Malaysia sehingga 30 September 2022 untuk memaklumkan badan dunia itu mengenai perancangan merawat dan memulihkan Tasik Chini serta tanah lembap di sekitarnya supaya kembali sihat.

Pedih, tetapi itulah hakikatnya kesan daripada kerakusan manusia haloba menjarah hutan di sekitarnya. 

Kehijauan yang selama ini menyegar dan mengindahkan suasana di Tasik Chini, menjadi gondol dan gersang akibat aktiviti atas dasar pembangunan kononnya!


Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan mengembalikan semula kelestarian Tasik Chini. - Kredit foto: FB Mohd Sharim



Justeru, bagi mengembalikan kegemilangan dan status UNESCO Tasik Chini, wakil rakyat selaku Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Zain bersama kerajaan negeri Pahang telah bekerjasama mengadakan Program Penanaman Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Berkongsi usaha tersebut dalam laman Facebook, Mohd Sharim dilihat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi lawatan kerja Menteri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke projek berkenaan pada 10 September 2022 lalu.

Menurut Mohd Sharim, Menteri KeTSA dan Menteri Besar turut berkesempatan meninjau keadaan di persekitaran tasik dan usaha pemuliharaan yang sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Mohd Sharim Zain (kanan) menjelaskan sesuatu kepada Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail. - Kredit foto: FB Mohd Sharim Zain


''Petang ini saya bersama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi lawatan Meteri Takiyuddin Hassan ke Program Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok,'' tulisnya.

Dalam teks ucapan yang turut dikongsi, Mohd Sharim menjelaskan kerajaan negeri Pahang sentiasa memberi komitmen dan usaha berterusan dalam memelihara serta memulihara kawasan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini dengan pelbagai inisiatif. 


Antara aktiviti yang dilakukan ketika majlis berlangsung. - Kredit foto: FB Mohd Sharim


Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai kempen yang diadakan. Kredit Foto-FB Mohd Sharim


Antaranya ialah menambah baik dan mengukuhkan pengurusan, di samping mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, meluaskan pewartaan Hutan Simpan Kekal Chini, melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu, menghentikan aktiviti melombong dan mengukuhkan tadbir urus tapak biosfera. 

''Terima kasih Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang sentiasa menyokong segala usaha kerajaan negeri Pahang dalam memelihara dan mempertahankan status kawasan Tasik Chini sebagai Tapak Rizab Biosfera yang pertama di negara ini,'' ujarnya. 

Samoga usaha-usaha yang dilakukan dapat mengembalikan semula keaslian dan keindahan Tasik Chini, tasik yang penuh dengan legenda tersendiri. - KitaReporters


 

8
18
0
12
0
You will be interested

Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin! Pada harga mampu bayar!

Kerajaan terus bersikap prihatin dan beri jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar -PM

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Kolaborasi Yayasan Tuanku Nur Zahirah - UniSZA! Sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8!

UniSZA mereka bentuk dan membangunkan pintu gerbang khas yang ambil inspirasi daripada budaya Terengganu bersama Yayasan Tuanku Nur Zahirah di reruai pameran
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Video| Tak kelakar pun! Monyet tarik rambut anak! Kalau kena kokak kepala anak, susah hidup nanti!

Video seorang kanak-kanak yang dekati seekor monyet liar tapi rambutnya ditarik. Nasib baik dapat diselamatkan dan tak alami sebarang kecedeaan sepeti digigit
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 1 day ago

3 lebuh raya negara paling tinggi dan gayat! Kaki selfie kecewa! Dilarang berhenti, ambil gambar!

Lebuh raya pun boleh jadi viral atau tular dalam kalangan warga maya. Apa tidaknya sebab panorama atau pemandangannya yang cantik dan indah (alam semula jadi)
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 3 days ago

Jom ramai-ramai undi! SK Kempadang, Kuantan tersenarai finalis! Anugerah Sekolah Terbaik Dunia!

SK Kempadang, Kuantan tercalon sebagai 3 finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi untuk rebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai
Nur Ain Darwishah in Alam Canggih 3 days ago