Alam & Sains 03 Apr, 2024

Video| Boleh cuba! Wanita kongsi tip sejukkan rumah tanpa pendingin hawa! Hanya guna baldi dan air!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Malaysia terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Justeru negara kita tidak mempunyai cuaca empat musim. Cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap (hujan) sepanjang tahun. 

Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di kawasan pantai timur.

Kebiasaannya bulan Mac hingga Mei adalah bulan di mana suhu purata bulanan paling tinggi sementara Disember dan Januari pula adalah bulan di mana suhu purata bulanannya paling rendah.

Justeru, tidak hairanlah kalau Ramadan pada tahun 2024 ini terasa begitu berbahang. Paling terkesan ialah di negeri utara Malaysia iaitu Perlis. Pada fasa inilah bil elektrik di kebanyakan rumah melambung tinggi terutama yang pakai pendingin hawa.


Cara ini sedikit sebanyak dapat menurunkan suhu di dalam rumah atau bilik.


Bayangkan, awal pagi pun sudah panas apatah lagi tiba waktu tengah hari, ketika matahari terpacak di atas kepala. Takkan nak biarkan pengingin hawa terpasang selama 24 jam. 

Bagaimana pula rumah yang tiada pendingin hawa? Hanya ada kipas sebagai penyelamat. Itupun kurang berkesan walaupun sudah selaraskan pada kelajuan paling tinggi.

Oleh itu, apa kata anda cuba tip yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama Ainnajhan07 ini. Tidak memerlukan bahan yang banyak, cuma baldi dan air sahaja. 

Cara alami tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan haba panas di dalam rumah.



“Tip musim panas,” tulisnya ringkas.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia meletakkan baldi berwarna hitam di satu sudut bahagian di dalam rumahnya. Dia juga menjelaskan tindakannya meletakkan baldi berisi air kerana pernah melakukannya sebelum ini. Ternyata, cara tersebut berkesan mengurangkan suhu panas di dalam rumahnya.

Perkongsiannya itu menimbulkan tanda tanya orang ramai. Pelbagai soalan diutarakan mengenai keberkesanan kaedah itu. Malah, ada netizen yang mahu dia menjelaskan dari sudut sains kenapa kaedah itu mampu mengurangkan bahang panas.



“Ada penjelasan sains tak kenapa letak baldi dan air boleh sejuk?” tanya salah seorang netizen.

Persoalan itu akhirnya dijawab oleh salah seorang netizen yang lain. Menurut netizen tersebut, keadaaan itu berlaku kerana air melalui proses penyejatan di udara hingga menyebabkan suhu menjadi rendah.

“Bukan air serap haba. Tapi air melalui proses penyejatan di udara. Jadi, udara akan jadi sejuk sedikit,” jawabnya.

Anda boleh cuba cara yang dikongsi ini. Mana tahu ia menjadi. Tak perlu lagi bermandi peluh terutama pada bulan puasa ini. Mencabar iman sungguh!

Namun, pada 26 Mac 2024 lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan bahawa cuaca panas dan kering ini akan beransur pulih pada pertengahan April 2024 nanti. - KitaReporters


15
15
0
9
0
You will be interested