Alam & Sains 09 Mar, 2023

Hari Buah Pinggang Sedunia! Ramai tak tahu terkena penyakit! Setiap tahun lebih 8,000 pesakit baharu!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Tema Hari Buah Pinggang Sedunia 2023: Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua - Bersedia untuk yang tidak dijangka, menyokong mereka yang terdedah atau Kidney Health for All - Preparing for the unexpected, supporting the vulnerable


BUAH pinggang merupakan organ yang amat penting dan berfungsi bagi mencuci darah dari sisa buangan serta lebihan air yang diperlukan tubuh. Bagaimanapun, penjagaan organ ini sentiasa dipandang remeh dalam kalangan masyarakat. 

Ramai kalangan kita tidak mengetahui atau menyedari bahawa mereka berisiko menghidap penyakit buah pinggang; sekiranya mereka adalah penghidap penyakit kencing manis (diabetes) dan darah tinggi.

Apa yang lebih mengejutkan, kebanyakan mereka (pesakit buah pinggang) disahkan oleh pihak hospital atau doktor berada pada tahap kritikal dengan mengalami 90 peratus kerosakan buah pinggang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan organ buah pinggang

Pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis sama ada di hospital-hospital kerajaan atau swasta. - Gambar hiasan.


Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, pesakit hanya mempunyai dua pilihan sahaja sama ada menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang (transplan).

Ketika ini, sebanyak 14,426 pesakit buah pinggang sedang menjalani rawatan dialisis di hospital dan pusat-pusat dialisis swasta; manakala 4,722 individu pula sedang menunggu giliran melakukan transplan daripada penderma organ (buah pinggang).

Menurut rekod tersebut, sebanyak 8,574 pesakit mendapatkan rawatan secara hemodialisis manakala 5,852 adalah menerusi dialisis peritoneal.

Hari Buah Pinggang Sedunia disambut pada pada hari Khamis minggu kedua pada bulan Mac setiap tahun. 

Pada permulaan sebanyak 66 buah negara menyambut hari peringatan tersebut pada tahun 2006. Dalam tempoh dua tahun kemudian, jumlah tersebut meningkat kepada 88 negara

Sambutan pada 9 Mac 2023 bertemakan Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua atau Kidney Health for All.

Dianggarkan 850 juta menghidap penyakit buah pinggang di seluruh dunia, dan sekurang-kurangnya 2.4 juta pesakit kronik itu maut setiap tahun dan angka itu mencatatkan sebagai punca kematian keenam tertinggi di dunia.



Tanda-tanda Penyakit Buah Pinggang :


Kos Rawatan dan Pembiayaan Dialisis :

Menurut kajian, kos tahunan bagi seorang pesakit hemodialisis adalah RM39,790; manakala kos rawatan dialisis peritoneal ambulatori  adalah sebanyak RM37,576.

Kira-kira dua pertiga (67.1 peratus) pesakit dialisis ditaja oleh kerajaan, pembiayaan sendiri (14.9 peratus), dibiayai oleh badan kebajikan (13.2 peratus), majikan (1.3 peratus ), insurans (0.5 peratus) dan sumber lain.

Tiga Kaedah Transplan :

Kaedah A

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang menerima subsidi (kos) - pesakit perlu membayar RM1,000 untuk keseluruhan prosedur dan termasuk ubat-ubatan imunosupresan mahal sepanjang hayat secara percuma

Kaedah B

Hospital-hospital Kementerian Pengajian Tinggi seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hanya menerima separuh subsidi dan bil hospital untuk transplan dianggarkan kira-kira RM50,000 hingga RM60,000.

Kaedah C

Hospital-hospital swasta pula, perlu membayar kos di antara RM70,000 hingga RM100,000 untuk pembedahan ke atas penerima dan RM40,000 hingga RM60,000 bagi pembedahan terhadap penderma.

Namun, setiap tahun terdapat kira-kira 20 hingga 40 transplan buah pinggang membabitkan penderma yang sudah meninggal dunia.

Tip penjagaan buah pinggang :


Susulan  kenaikan angka pesakit buah pinggang dan ramalan peningkatan beban penyakit itu, ia dijangka memberi kesan langsung kepada penjagaan kesihatan awam di negara ini. 

Sehubungan itu, masyarakat disarankan agar sentiasa meningkatkan kesedaran betapa pentingnya buah pinggang kepada kesihatan secara keseluruhan dan mengurangkan risiko serta kesan penyakit tersebut.

Selamat Hari Buah Pinggang Sedunia. - KitaReporters



Sumber:

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2170051

https://hellodoktor.com/urologi/penyakit-buah-pinggang/hari-buah-pinggang-sedunia/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/933166/106000-pesakit-buah-pinggang-kronik-menjelang-2040

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/540974/rawatan-buah-pinggang-membebankan-pesakit-sengsara-sepanjang-hayat

https://www.hmetro.com.my/sihat/2022/10/887787/peluang-hidup-lebih-lama

8
9
0
15
0
You will be interested