Alam & Sains 29 Jun, 2021

Berita Terkini| Kaunter perkhidmatan kerajaan secara fizikal dibuka semula! Bermula 1 Julai!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KERAJAAN memutuskan untuk membuka kaunter perkhidmatan secara fizikal bermula 1 Julai 2021 ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pembukaan semula kaunter perkhidmatan secara fizikal itu hanya membabitkan perkhidmatan tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian.

"Selepas meneliti keperluan pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam, maka kerajaan memutuskan pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai (2021) ini.

“Namun hanya membabitkan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus dan kehadiran secara fizikal melalui janji temu berjadual,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Selasa, 29 Jun 2021.

Bagaimanapun beliau menjelaskan ketua jabatan hendaklah memastikan semua SOP Covid-19 dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi setiap masa.

"Ini bagi mengimbangi penyampaian perkhidmatan optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak COVID-19 di tempat bertugas," katanya lagi.

Beliau menjelaskan, ketika ini pengoperasian perkhidmatan kaunter kerajaan tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu masuk antarabangsa yang membabitkan urusan kastam, imigresen serta kuarantin sejak 1 Jun (2021) lalu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
1
1
0
You will be interested