Alam & Sains 27 Jun, 2021

POPT pastikan 658 orang pekak, bisu di Terengganu tak tercicir! Dapat vaksin suntikan Covid-19!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SALAH seorang ahli POPT menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Sains dan Kreativiti pada 25 Jun 2021. - Kredit foto: Facebook POPT 


KIRA-KIRA 658 orang dari kategori orang pekak dan bisu yang berdaftar dengan Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) akan menerima vaksin Covid-19 secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun 2021 ini.

Perkara itu perlu dilakukan terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) terbabit bagi memastikan keselamatan mereka, selain menyahut seruan kerajaan.

Presiden POPT, Tengku Arman Harris Tengku Ismail, berkata bagi memastikan program itu berjalan lancar, pihaknya akan melakukan suntikan vaksin Covid-19 secara berkumpulan.


Lagi cerita-cerita berkaitan OKU

ORANG pekak serta bisu daripada POPT sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurubahasa isyarat sebelum mereka melakukan suntikan vaksin Covid-19. - Kredit Foto: Facebook POPT 


Menurut Tengku Arman Harris, ia dilakukan secara berkumpulan di lokasi yang bakal ditentukan nanti bagi memudahkan mereka kerana pihaknya akan menempatkan jurubahasa isyarat untuk golongan terbabit berurusan sepanjang program itu berlangsung.

`Sekiranya mereka melakukan suntikan vaksin secara bersendirian kemungkinan ia akan menimbulkan masalah dari segi komunikasi dan sebagainya menyebabkan mereka kurang berminat untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

``Apa yang POPT buat ini bagi memastikan orang pekak dan bisu di negeri ini mendapat suntikan vaksin itu seperti orang-orang lain juga demi untuk keselamatan diri mereka,’’ katanya di Pusat Sains dan Kreativiti,  Chendering, Kuala Terengganu pada Jumaat, 25 Jun 2021.  

Tengku Arman Harris bersama 30 ahli POPT  menerima suntikan itu bagi dos kedua di pusat berkenaan pada hari tersebut.  


Kredit Foto : Facebook POPT


Pada 1 Julai 2021, seramai 35 orang pekak serta bisu dijangkakan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti.

Sebelum itu, menurut laman Facebook POPT, pada 3 Jun 2021 lalu, seramai 30 ahli persatuan itu telah mendapat suntikan vaksin di tempat yang sama.

``Terima kasih banyak-banyak kepada semua terutama pihak kerajaan yang terlibat untuk menjayakan program tersebut demi OKU seperti kami.

``Adalah menjadi tanggungjawab kami bagi memastikan golongan yang disasarkan itu tidak tercicir daripada mendapat suntikan vaksin Covid-19,’’ kata Tengku Arman lagi. - KitaReporters


Kredit Foto : Facebook POPT 

1
0
0
0
0
You will be interested