Alam & Sains 18 Apr, 2020

ALIFF SYUKRI KANTOI?? PENUTUP MUKA TIRIS AIR

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

Apa sudah jadi Dato Aliff?? 'Kantoi' hidup-hidup?? Sudah menjadi trend rakyat Malaysia ketika ini membuat 'live' (secara langsung) untuk mempromosikan produk jualan dengan bermotifkan keuntungan melalui media sosial. Namun berbeza dengan Dato' Aliff Syukri di mana testimoni topeng muka keluaran syarikatnya yang diuar-uarkan kepada netizen semasa siaran langsungnya dikatakan tidak menjadi dan dimalukan. : KitaReporters

Kredit foto:  IG Aliff Syukri


Langkah mempromosikan barangan yang tidak baik dan tidak berkualiti menjadi 'bola tanggung' netizen yang menontonnya untuk mem"bahan" produk berserta tuannya. 

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, Nurnilam Sari memaparkan Jutawan kosmetik itu dimalukan oleh pengikut-pengikutnya ketika mempromosikan topeng muka sewaktu siaran live melalui akaun Instagramnya.

Seperti kita sedia maklum Dato' Aliff merupakan figura yang gemar membuat bermacam siri live bersama kru produksinya sama ada ketika mempromosikan barangan, memaparkan kemewahan hartanya, memberikan sumbangan wang dan sebagainya.


Entah bagaimana semasa Dato' Aliff sedang bersungguh-sungguh memberikan pembuktian produk terbarunya iaitu topeng muka didapati produknya itu bocor setelah disiramkan dengan segelas air

Menyiramkan air ke topeng muka merupakan ujian kedua selepas Dato' Aliff memakainya pada muka dan menghembus ke pemetik api, namun tidak terpadam dan dianggap berjaya. 

Selepas itu muncul pula respons nakal netizen yang menyuruhnya untuk meletakkan air dan membiarkan untuk beberapa saat, melihat jika ada titisan air yang akan keluar melaui topeng muka itu. 

Dengan cara itu sahaja netizen beranggapan bahawa uji kaji yang dilakukan ke atas produkya itu benar-benar terbukti dan dipercayai.

Video Dato' Aliff mempromosi produk topeng mukanya sebelum video berkenaan dipadam dalam akaun Instagramnya.


Malangnya uji kaji guna air tersebut tidak berjaya kerana terdapat titisan air yang menitis keluar melalui topeng mukanya itu.

Alahai!

Kerana malu, dia dengan segera meletakkan produk topengnya ke tepi dan menggantikan dengan aktiviti lain dengan menggupas mangga untuk dijamahnya.

Perbuatannya spontan itu telah diambil peluang beberapa golongan pembenci (haters) untuk merekodkan dan menyebarkannya dalam platform media sosial seperti Facebook untuk dijadikan sebagai tontonan umum dan dikongsi sesama mereka.

Setelah tidak berpuas hati, Dato' Aliff mencuba seterus kalinya dengan melakukan siraman air ke atas topeng muka yang biasa, namun ianya tidak bocor.

Uji kajinya itu turut dilakukan di kedua-dua belah muka topeng itu berulang kali dan mendapati keputusannya tetap sama.

Kegagalan testimoni terhadap ujian yang dilakukan sendiri olehnya telah menerbitkan reaksi wajah muka yang merah padam dan terasa dipersendakan.

Testimoni yang dilakukan Dato' ke atas pemetik api apabila dihembus.


Rata-rata netizen melemparkan kata-kata yang pedas dan sinis terhadap produk keluaran Dato Aliff.

Perbuatan yang kononnya memiliki tahap kepercayaan yang tinggi terhadap sesuatu produk sebelum mengujinya terlebih dahulu telah membawa aib kepada diri sendiri.

Bagaimanapun video itu telah dipadam dalam Instagram miliknya dan digantikan dengan promosi produk kurus yang lain, video masakan dan kata-kata motivasi.

Senarai kandungan video dan ilustrasi kata-kata motovasi dalam instagram miliknya.


Video pomosi ini merupakan siri promosi kantoi yang pertama yang dihasilnya sendiri menerusi siaran secara langsung dalam media sosialnya 

Sebelum ini, Dato Aliff pernah mencetuskan beberapa kontroversi melalui siaran live yang dibuatnya, seperti yang membabitkan isu pelaburan forex oleh pelakon cilik popular, adik Balqis dan isu pembahagian harta sepencarian oleh keluarga abam Bocey. - KitaReporters

8
10
6
20
91
You will be interested