Alam Canggih 01 Jun, 2021

PKPD: Bantuan bersasar RM420,000! Untuk penduduk daerah Kuala Terengganu, mukim Kuala Berang!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


PENDUDUK dua lokaliti di Terengganu yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menerima bantuan secara bersasar bagi meringankan beban hidup yang dialami dalam tempoh perintah berkenaan. 

Penduduk terbabit adalah dari kawasan Daerah Kuala Terengganu membabitkan 21 mukim yang dikenakan PKPD bermula 30 Mei 2021 hingga 12 Jun 2021 dan penduduk di Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu yang dikenakan PKPD mulai 29 Mei hingga 11 Jun 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak RM420,000 akan disalur bagi meringankan beban mereka yang terjejas susulan penguatkuasaan PKPD.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD


"Sebelum ini, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan bantuan bersasar buat 15 mukim di daerah Besut yang turut dikenakan PKPD sebanyak RM400,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu 29 Mei 2021.

Sementara itu, Ahmad Samsuri turut menyeru seluruh masyarakat Terengganu untuk kekal bertenang dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas pengumuman pelaksanaan 'total lockdown' (sekatan penuh pergerakan) yang akan bermula pada 1 hingga 14 Jun.


Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) ketika meninjau SJR di daerah Besut


Beliau menasihati rakyat supaya berganding bahu dan bersatu dalam memutuskan rantaian COVID-19.

"Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, teruskan bermunajat kepada Allah dan berdoa agar ujian ini segera berakhir dan kehidupan kita kembali normal seperti biasa," jelasnya. 

Untuk rekod, keputusan 'lockdown' diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Mei 2021 selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes dalam negara. - KitaReporters


1
1
2
2
3
You will be interested

Program Outreach Pekerjaan Terengganu! Tawarkan isi 800 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri!

Warga Terengganu diberi peluang untuk isi 800 kekosongan jawatan menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu bagi kurangkan pengangguran

Video| Hebatnya! Kereta paling mahal di dunia rupanya dipasang siap di Kepong! Korang tahu tak?

Bufori nama yang jarang didengar berbanding kereta di pasaran kini. Kereta mewah dipasang di Kepong itu dijual RM1.3j dan hanya mampu dimiliki golongan kayangan
Fariza Saidin in Alam Canggih 1 day ago

Video| TikTok kisah Mona Fandey raih 1j tontonan! Dya kumpul 140k pengikut dalam tempoh 3 bulan!

Bermula secara suka-suka, Nur Diyana Mohamad tak menduga dia kini adalah antara TikTokers yang meraih tontonan tinggi serta memiliki jumlah pengikut yang ramai
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Alam Canggih 1 day ago

Hebat ganu boh! 13k petugas barisan hadapan JKNT terima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19!

JKNT sediakan 6 hospital, 20 PPV milik KKM untuk pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan jabatan itu
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Terengganu akan bina sungai tiruan! Minimumkan kesan banjir di Kemaman, Chukai dan sekitarnya!

Projek pembuatan sungai tiruan bernilai RM300j bagi minimumkan kesan banjir di daerah Kemaman dan beberapa kampung di Chukai akan dimulakan awal Januari 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago