Alam & Sains 06 Aug, 2020

PUBG Mobile Pro League MY/SG 2020 kembali! Bagi musim kedua!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

KEJOHANAN PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG 2020 bakal kembali untuk musim kedua mulai 9 Ogos hingga 27 September 2020. Pada musim ini, para pemain akan berentap bagi merebut kejuaraan serta hadiah terkumpul AS$150,000 (RM628,000). : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan:

https://kitareporters.com/search?search=pubg


Menurut satu kenyataan media PUBG Mobile, PMPL MY/SG Musim 2, sama seperti musim sebelumnya, menyasarkan untuk mencari pemain-pemain PUBG Mobile terbaik dari Malaysia dan Singapura. Pada musim ini, para pemain akan berentap bagi merebut kejuaraan serta hadiah terkumpul AS$ 150,000.

PMPL Season 1 2020 sebelum ini telah dibahagikan kepada dua musim iaitu Spring serta Fall, dan menampilkan beberapa liga yang berlangsung di empat rantau di seluruh dunia (Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika dan Asia Timur). Para pemenang dari setiap rantau berkenaan layak untuk menempah tempat di dalam divisyen Timur atau Barat PUBG MOBILE World League (PMWL), sebelum mara ke kemuncak PUBG Mobile World Championship 2020 yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.

Untuk PMPL MY/SG Season 2, tiga kumpulan terbaik akan mara untuk bertanding dalam perlawanan Akhir PMPL SEA Musim 2. Dari sana, mereka berpeluang untuk mewakili rantau Asia Tenggara dan berentap dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia dalam World League

Sejumlah 24 pasukan bakal bertanding dalam PMPL MY/SG Musim 2:

  • 4 pasukan terbaik daripada Pusingan Kelayakan Singapura PMPL MY/SG Season 2
  • 15 pasukan jemputan daripada PMPL MY/SG Season 1
  • 5 pasukan yang layak daripada PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020

Pasukan profesional PUBG MOBILE terbesar Malaysia Yoodo GANK dan Team Secret yang mewakili Malaysia dalam PMWL Season Zero: East, akan membuat kemunculan sebagai salah satu daripada 15 pasukan jemputan dalam PMPL MY/SG Season 2.

J8 Esports (sebelum ini dikenali sebagai BTR AROV)  yang berjaya ke perlawanan Akhir PMPL SEA Season 1 akan turut membuat kemunculan semula dalam liga serantau ini.

Pendaftaran untuk Kelayakan Singapura PMPL MY/SG Season 2 akan dibuka tidak lama lagi, di mana pusingan kelayakan akan diadakan secara dalam talian pada 7 hingga 8 Ogos 2020, dan perlawanan akhir akan disiarkan secara langsung pada 9 Ogos 2020

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan musim kedua PUBG MOBILE Professional League MY/SG sebagai sebahagian daripada ekosistem e-Sukan PUBG MOBILE. Menerusi penganjuran PMPL, kami berjaya menyatukan para peminat e-Sukan PUBG MOBILE untuk hadir bersama-sama dan menyaksikan atlet terbaik PUBG MOBILE dari Malaysia dan Singapura berentap antara satu sama lain, di mana pasukan terbaik dari rantau ini akan mara ke perlawanan Akhir PMPL SEA Season 2,” kata Gaga Li, Pengarah E-sport Asia Tenggara PUBG Mobile, dalam kenyataan tersebut.

Anda boleh mendapatkan berita lanjut serta maklumat terkini di http://pmpl2020.com/ dan https://www.facebook.com/PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL/ - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested