Alam & Sains 22 Mar, 2021

Apa nak jadi! Mulanya struktur konkrit hempap van! Ini besi kren gantri pula jatuh atas kereta

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Insiden kemalangan struktur besi 'kren gantri' terjatuh atas sebuah kenderaan yang melalui kawasan projek pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. - Kredit foto netizen.


TIDAK mengambil ikhtibar daripada kemalangan yang pernah berlaku sebelum ini telah membuat ramai warga net terutama penguna-penguna kenderaan yang melalui projek-projek lebuh raya bertingkat yang banyak di ibu negara dan kawasan persekitarannya setiap hari telah menimbulkan kemarahan, aduan serta komen mengenai kesulitan dan keselamatan laluan di bawah projek-projek tersebut.

Terbaharu dan lebih malang lagi apabila laluan keluar masuk menuju ke sebuah kondominium di Persiaran Alam Damai, Cheras berdekatan projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) terjejas dan dihalang runtuhan batu konkrit dan besi susulan berlaku kemalangan komponen besi kren terjatuh di atas sebuah kereta pada awal pagi 22 Mac 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kemalangan:

https://kitareporters.com/search?search=kemalangan


Antara komen-komen warganet yang tidak berpuas hati tentang projek-projek lebuh raya bertingkat seperti Lebuh Raya SUKE kerana boleh mendatangkan kecelakaan dan kemalangan kepada orang ramai yang melalui di bawah projek laluan tersebut.


Satu lagi kemalangan maut yang sama berulang kembali apabila struktur besi kren gantry launcher terjatuh lalu menghempap atas sebuah kereta yang melalui jalan di bawah tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE berdekatan Persiaran Alam Damai, Cheras. 

Tiga pekerja binaan telah maut, manakala seorang pengguna jalan warga tempatan turut cedera di lokasi kejadian.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (ProLintas) yang merupakan pemaju bagi projek pembinaan SUKE telah mengesahkan kejadian kemalangan yang berlaku pada jam 8 pagi ketika orang ramai sedang sibuk keluar bekerja.


Sebuah kenderaan yang remuk di bahagian hadapan akibat ditimpa komponen besi kren gantri, sekali gus menyebabkan pemandu kereta tersebut mengalami cedera parah. - Kredit fofo akaun: FB SUKE Highway.


Seorang pekerja binaan warga China tersepit di celah-celah konkrit besi projek Lebuh Raya SUKE di Persiaran Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. - Kredit foto: FB SUKE Highway.


"Siasatan awal pihak kami mendapati tiga orang pekerja pembinaan warga China telah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pemandu kenderaan cedera parah dalam kejadian tersebut.

"Maklumat awal kejadian adalah berpunca apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh dan pihak kami sedang melakukan siasatan terperinci," menurut kenyataan ProLintas.

Menurutnya, ekoran kejadian itu, pasukan Emergency Response Team SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan di kedua-dua arah bagi melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa.


Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Bandar Tun Razak dan Hang Tuah, Kuala Lumpur sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa di lokasi kejadian. Kredit foto: FB SUKE Highway.


Sementara itu, seramai 25 anggota bomba dari Bandar Tun Razak dan Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua mangsa dikatakan terjatuh dari ketinggian 36 meter (120 kaki) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi mangsa tersangkut di tapak pembinaan, manakala seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta mengalami kecederaan parah.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut ditanya oleh media mengenai kejadian komponen besi kren yang terjatuh menghempap sebuah kenderaan dan juga kematian pekerja binaan yang terbunuh dalam insiden itu.

“Kenapa tidak tutup jalan, kalau ada struktur besi atau komponen berat yang perlu dialihkan di projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya?" soal Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian tersebut dan mengingatkan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti setiap kontraktor agar mengutamakan keselamatan pekerja dan orang awam.

Pada 3 Mac 2021 lalu, kita dikejutkan satu kemalangan maut membabitkan sebuah lori treler yang melanggar perancah besi di tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian tersebut yang dilaporkan berpunca daripada pemandu yang disyaki mengambil bahan terlarang, dua orang wanita telah terbunuh dan tiga lagi mengalami kecederaan apabila van pekerja yang dinaiki mereka telah dihempap runtuhan konkrit dan besi jejambat itu. - KitaReporters 


Sumber:

https://www.msn.com/en-my/news/berita/jalan-perlu-ditutup-jika-alih-struktur-berat-fadillah/ar-BB1ePc9P

https://mykmu.net/2021/03/22/kren-rebah-lagi-di-suke-2-maut-2-parah/

0
0
5
0
0
You will be interested