Alam & Sains 02 Feb, 2021

SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar mempersembah! Dibintangi guru-guru! Ada poster gergasi lagi!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Kredit foto-foto: FB Cakcibo Terbang


SEORANG guru bukan sekadar memberi ilmu kepada anak muridnya. Mereka juga perlu ada idea kreatif malah perlu sedikit imaginasi dalam usaha menarik minat murid hadir dan meneruskan sesi pembelajaran dalam suasana ceria di sekolah. 

Dan sudah setentunya, persekitaran sekolah yang bersih, segar dan menceriakan secara tidak langsung 'memujuk' murid untuk hadir ke sekolah. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah




"Sekolah cantik...saya suka pergi sekolah." "Malaslah saya nak pergi sekolah, cikgu tak best!""Sekolah si A...cantik, bersih..sekolah saya biasa-biasa je."

Kalau bersembang dengan anak-anak, mungkin ini yang dikatakan mereka. 




Kerjaya seorang guru hari ini berbeza dengan mak ayah kita suatu ketika dahulu. 

Hari ini, seorang guru bukan sekadar mengajar atau menanda kertas periksa semata-mata, sebaliknya mereka perlu memiliki daya kreatviti dan bersama-sama bertanggungjawab melaksanakan pelbagai projek dalam mewujudkan perkara berkaitan keceriaan sekolah. 

Sekolah perlu sentiasa segar untuk memujuk murid ke sekolah.




Tular sejak beberapa hari lalu dalam laman sosial Facebook mengenai kreativiti guru Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda Musa (SKRMM), Kuala Kangsar, Perak menggantung poster 'filem' dengan tajuk yang mencuit hati dengan memaparkan guru dalam pelbagai aksi.

Dah seperti poster wayang Hollywood pulak!

Perkongsian menarik di akaun Facebook milik Shahrul Akram Shaharuddin, 35, atau Cakcibo Terbang itu berjaya mencuit hati warganet. 

Cantik betul poster yang dihasilkan!




Shahrul Akram ketika dihubungi berkata dia hadir ke sekolah itu untuk menguruskan hal persekolahan anaknya.

"Ketika melalui lorong pejalan kaki ini, saya ternampak poster menarik ini dan terus merakam gambar-gambar dan kongsikan di laman Facebook menerusi akaun Cakcibo Terbang," katanya.

“Kreatif cikgu-cikgu sekolah ni, sebijik macam poster filem Melayu.”

"Setahu saya ade cikgu yang cakap, ada seorang ustaz yang mengajar kat sekolah ni dia memang rajin buat editing ni. Itulah yang dia buat gambar-gambar ni untuk sekolah," kata Shahrul Akram.



“Lorong ini diberi nama lorong senyuman, sesiapa yang lalu di sini pasti akan tersenyum…”

Sebab nama lorong ni tak salah saya lorong senyuman. Cikgu-cikgu ni letak sesuatu yang akan membuatkan orang tersenyum bile lalu lorong ni. Foto: Cakcibo Terbang"

Warganet turut terhibur melihat poster-poster berkenaan malah turut meninggalkan komen positif dan berharap ada sekolah lain yang berbuat demikian.













Dalam pada itu, Ketua Pengurus Projek, Nazir Anas ketika dihubungi berkata poster itu dibuat bagi memudahkan dan menarik minat murid mengenali guru subjek di samping memberi inspirasi untuk belajar serta gembira hadir ke sekolah.

"Sebelum ini, kami pernah buat carta organisasi panitia seperti biasa tetapi gagal menarik murid untuk melihat... justeru, kami mengambil keputusan membuat poster kreatif seperti ini.




"Guru-guru juga memberi kerjasama yang baik sekali...mereka sangat sporting dan sehati sejiwa dalam menjayakan projek ini yang mengambil masa seminggu untuk 'shooting' dan 'editing'," katanya.

SK Raja Muda Musa terdiri daripada 52  guru dan 550 murid dan sudah pasti murid akan 'melekat' seketika di setiap poster untuk melihat wajah guru mereka dalam pelbagai aksi.

Idea kreatif dan inovatif ini wajar menjadi contoh kepada sekolah lain sebagai usaha menceriakan kawasan persekitaran sekolah. - KitaReporters

18
2
0
1
0
You will be interested