Alam & Sains 11 Jun, 2021

Berita Terkini| JAIS batal peperiksaan PSRA Ogos! Ganti kaedah pentaksiran baharu yang setara!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) membuat keputusan bagi membatalkan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pelaksanaannya pada 23 hingga 27 Ogos 2021.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti sesuai pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sesi kemasukan 2022.

"Pembatalan peperiksaan PSRA dibuat berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP atau total lockdown) fasa pertama di seluruh negara dan trend semasa penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian akibat Covid-19 di Selangor yang semakin tinggi.

"Keputusan ini akan turut membantu usaha berterusan semua pihak melandaikan lekuk penularan Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 11 Jun 2021.

JAIS juga berpandangan pembelajaran formal yang tidak dapat dijalankan seperti biasa akan memberi impak besar terhadap kemampuan guru dan pelajar dalam menghadapi persediaan peperiksaan PSRA mengikut format dan protokol peperiksaan seperti lazimnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested