Alam & Sains 28 Oct, 2020

Masa COVID-19: Pahang sasar capaian Internet lebih sempurna!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

KETIKA Covid-19 sedang melanda di negara ini, rakyat Pahang dipercayai mendahului keseluruhan penduduk di negeri lain bagi kegunaan Internet yang lebih laju dengan rangkaian 4G yang lebih meluas serta lebih berkuasa untuk memastikan mereka mendapat kemudahan akses internet yang lebih sempurna. : KitaReporters

MOHAMMAD Fakhruddin Mohd Ariff  (tengah) sedang bercakap di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang.


Lagi cerita-cerita berkaitan Internet:

https://kitareporters.com/search?search=Internet


Sebelum itu, kebanyakan penduduk terutama di kawasan luar bandar di negeri Pahang mendapat liputan rangkaian 2G dan 3G yang tidak dapat menampung kegunaan internet yang semakin meningkat ketika ini.

Akibat penularan berterusan Covid-19 itu, kerajaan Pusat telah mengetatkan kawalan pelbagai syarat seperti orang ramai perlu mematuhi SOP untuk keselamatan diri mereka menyebabkan orang ramai menjalankan segala urusan termasuk pembelajaran melalui internet, perniagaan online dan e-govt dilakukan secara online (dalam talian).



Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan di Hotel Ancasa Royale, Pekan Pahang


Menyedari hakikat itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata pelbagai usaha sedang dilakukan demi kesempurnaan kehidupan rakyat dan dengan rangkaian 4G itu telah memberi manfaat terhadap 80.83 peratus kawasan yang berpenduduk di negeri itu.

Menurutnya, kerajaan juga berhasrat daripada jumlah itu akan dipertingkatkan secara berperingkat-peringkat kepada 96.6 peratus sehingga tahun 2022 bagi memastikan rakyat di negeri itu mendapat manfaat rangkaian tersebut. 

``Buat masa ini, kebanyakan kawasan terbabit di negeri ini telah mendapat kemudahan talian 4G yang lebih laju untuk kesempurnaan orang ramai khususnya mereka yang perniagaan secara online,’’ katanya.


 

MOHAMMAD FAKHRUDDIN MOHD ARIFF


Beliau menyatakan demikian di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkifli pada 20 Oktober 2020 lalu. 

Yang turut hadir pada mesyuarat tersebut berlangsung yang di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang ialah Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Zahari Isamil dan Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo Sdn Bhd, Affandi Mohd Isa.



Menara Telekomunikasi di Cameron Highlands, Pahang. 


Mohammad Fakhruddin  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar membertahu usaha ke arah itu akan dilakukan secara berkesan bersama SKMM untuk memastikan kelajuan berkuasa 35 Mbs untuk rakyat di seluruh negeri itu. 

Sehingga kini, katanya, Pahang mempunyai sebanyak 1,827 menara telekomunikasi dan 28 menara yang baharu sedang dalam perlaksanaan, manakala penebusan jalur lebar pula ketika ini sudah mencapai 101.7 peratus

``Di daerah Pekan pula liputan rangkaian 4G telah mencapai 80.9 peratus iaitu tempat yang keempat di negeri ini selepas Kuantan, Temerloh dan Maran. 

`` Di daerah itu (Pekan), juga terdapat 136 menara telekomunikasi dan dua lagi menara baru yang sedang dalam perlaksanaannya di Kampung Langgar dan Kampung Alor Ara selain 10 menara di Dewan Undangan Negeri (DUN)  Chini,’’ jelasnya. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested