Alam & Sains 18 Aug, 2020

Mak nyah vs khunsa! Wujudkan kolum khusus bagi bayi khunsa!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

ISU kecelaruan identiti seperti mak nyah atau pondan dan khunsa masih lagi menjadi isu sensitif yang hingga kini masih ramai tidak faham mengenainya. Mak nyah atau pondan adalah lelaki yang menyerupai dan berperwatakan wanita. Manakala khunsa pula adalah orang yang mempunyai dua alat kelamin. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan khunsa

https://kitareporters.com/search?search=khunsa


Umum sedia maklum, isu mengenai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di Malaysia sangat sensitif. Sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam, Malaysia tidak boleh menerima gaya hidup kelompok ini yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Berlainan dengan khunsa, golongan ini kurang menonjol berbanding mak nyah, tetapi kewujudannya tidak boleh diketepikan kerana mereka juga ada hak untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.

Gambar Hiasan - Sumber: Google Image


Daripada sudut agama Islam pula, khunsa diterima baik kerana ia kejadian Allah SWT dan bukan sengaja diada-adakan. Cuma, kadang-kadang wujud gologan khunsa yang membesar tidak selari dengan nalurinya kerana sejak bayi lagi, jantinanya sudah ditentukan oleh ibu bapanya.

Sama ada mak nyah atau khunsa, kedua-duanya perlu diuruskan dengan baik. Justeru, perlu ada kerjasama dan perbincangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan terutama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Inilah yang dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam media sosial miliknya.

Antara cadangan Dr Zulkifli mewujudkan kolum khas untuk golongan khunsa dalam sijil kelahiran. 


Pertemuannya dengan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), antaranya membincangkan mengenai isu khunsa.

“Saya menerima kunjungan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada pagi ini. Beberapa isu sempat dibincangkan terutamanya berkaitan dengan hak asasi manusia dari sudut agama.

“Antara cadangan saya bagi isu khunsa adalah keperluan wujudnya kolum khusus dalam sijil kelahiran bagi kes bayi khunsa.

“Segelintir kes kelahiran bayi khunsa, mereka telah “ditentukan” jantina lebih awal oleh ibu bapa mereka melalui pembedahan sejak bayi,” tulisnya.


Menurut Dr Zulkifli lagi, tindakan menentukan jantina bayi khunsa terlalu awal adalah tidak tepat dan selari dengan kaedah Islam.

Memandangkan teknologi dalam bidang perubatan semakin maju, cara lama ini perlu diubah bagi memberi hak kepada golongan khunsa menentukan pilihan jantina mereka sendiri.

“Hal inilah yang kurang bertepatan dengan Islam kerana bayi-bayi ini ada hak mereka dari sudut penetapan jantina apabila mereka melangkah usia akil baligh.

“Imam Al-Nawawi ada menggariskan beberapa kaedah penentuan jantina bagi kes khunsa musykil. Apatah lagi zaman moden sekarang, ia lebih mudah dengan adanya kemajuan bidang perubatan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada SUHAKAM atas kunjungan hormat ini. JPM (Hal Ehwal Agama) sedia memberikan kerjasama penuh terutama bagi melibatkan hal ehwal Islam,” cadangnya.

Pertemuan antara Dr Zulkifli dan pihak SUHAKAM bagi membincangkan hak asasi manusia dari sudut agama.


Semoga cadangan daripada Dr Zulkifli ini berjaya direalisasikan agar tidak ada pihak (mak nyah) yang menyalahgunakan status ‘khunsa’ untuk menghalalkan gaya hidup songsang mereka. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested