Alam & Sains 24 Jan, 2022

Record dunia? Ibu muda lahirkan 10 bayi kembar! Secara normal! Berat bayi antara 0.95kg - 1.1kg!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

10 bayi kembar bersama petugas Hospital Angkatan Bersenjata Raja Salman di Tubuk, Arab Saudi  yang berjaya dilahirkan oleh seorang wanita pada 12 Januari 2022. - Kredit foto: Saudi Gazette


ANEH dan kejadian yang agak luar biasa apabila seorang wanita di Arab Saudi berjaya melahirkan 10 bayi kembar di Hospital Angkatan Tentera Raja Salman di Tabuk di wilayah utara negara tersebut, pada 12 Januari 2022 lalu.

Ibu muda  berusia 34 tahun berasal Monarki Teluk telah melahirkan lima pasangan bayi kembar.

Kesemua bayi kembar tersebut terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan yang dilahirkan secara secara normal yang mempunyai beratnya antara 950 gram hingga 1.1 kilogram dan bayi terbabit dilaporkan sihat.


 Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anak kembar



Dipetik laporan Saudi Gazette pada 19 Januari 2022 lalu berkata, usia kandungan kehamilan ibu muda itu memasuki minggu ke-28 ketika melahirkan bayi kembar itu tanpa pembedahan. 

Berikutan dengan kejayaan itu, netizen di negara Arab Saudi menzahirkan ucapan penghargaan terhadap tim berkenaan termasuk pegawai perubatan dan kakitangannya dari hospital itu yang telah membantu proses kelahiran bayi kembar berkenaan dengan selamat. 


SEORANG jururawat mendukung seorang daripada bayi kembar yang dilahirkan oleh seorang wanita berusia 34 tahun pada 12 Januari 2022 lalu.


Saudi Gazette berkata, banyak pujian yang diberikan oleh netizen terhadap tim perubatan terbabit dalam Twitter.

"Prestasi yang luar biasa daripada tim yang hebat itu, semoga tuhan memberi mereka kesuksesan yang terbaik dan terima kasih  untuk semua kakitangan terbabit di hospital itu,’’ kata seorang pengguna Twitter, Mujahed Alatawi.

Sementara itu, Hospital Angkatan Tentera Raja Salman adalah hospital yang terbesar di Arab Saudi dan ia ditubuhkan pada Ogos 1980.

Hospital canggih tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk rawatan pesakit selain menpunyai doktor pakar dalam pelbagai bidang. - KitaReporters


PASUKAN perubatan dari Hospital Angkatan Bersenjata Raja Salman yang bertanggungjawab melakukan proses kelahiran 10 bayi kembar secara normal. - Kredit foto: Saudi Gazette

22
12
0
11
0
You will be interested