Alam & Sains 07 Sep, 2023

20 penyelam skuba sertai PADI Aware Dive Against Debris! Anjuran Yayasan Salam, Black Eye Scuba Team!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Antara penyelam skuba yang akan terjun pada Sabtu, 9 September 2023 ini.


Seramai 20 penyelam skuba sedang bersiap sedia untuk menjalankan misi menyelam di Pulau Perhentian Kecil pada pagi Sabtu ini (9 September [email protected] pagi) dalam program PADI Aware ‘Dive Against Debris’ anjuran Yayasan Salam Malaysia (Salam) dan Black Eye Scuba Team (BEST) di bawah Sea Daddy Diver Services.

Penyelam skuba profesional itu akan bertindak mengeluarkan sampah sarap dari laut seperti bahan pepejal dari kilang atau diproses, yang dibuang, dilupus atau dibiarkan di dalam laut dan persekitaran pantai, beg plastik, botol, pembungkus makanan, puntung rokok, bateri kereta, pekakasan/peralatan dapur, jaring ikan, sisa industri dan sebagainya yang bersepah, terapung atau tersangkut di batu karang dan memusnahkan kehidupan laut serta menjejaskan pendapatan nelayan.
Ketika penyelam skuba BEST bertungkus lumus di dasar laut, kira-kira 100 sukarelawan Salam yang dibantu oleh penduduk kampung pula akan menjalankan kerja sukarelawan membersih Pantai Pasir Panjang (Long Beach) di pusat peranginan di daerah Besut, Terengganu itu.


Penasihat Program, Dato’  Zuraidah Atan berkata segala sampah yang dikumpul sama ada dari dasar laut dan di pantai serta persekitarannya akan dikumpul, diasing, diukur, ditimbang serta direkod mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Professional Association of Diving Instructor (PADI) Aware Foundation. 

Aktiviti ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UN SDGs. Statistik berkenaan akan diserahkan kepada PADI Global Database dan jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Perikanan Malaysia untuk tujuan penyelidikan demi mencapai  UN SDGs dan statistik dalaman. 

Zuraidah berkata program yang mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan dan agensi pusat dan negeri itu bertujuan memupuk semangat menjaga alam sekitar, khasnya pemuliharaan lautan dan kebersihan pantai selaras dengan slogan “Menjaga Pantai dan Laut Bersih, Budaya Mulia, Amalan Kita”.


Program yang mendapat sokongan Kenanga Investors sebagai rakan kongsi itu adalah usaha Malaysia sama ada pihak swasta & korporat, NGO atau kerajaan mematuhi dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan PBB, antara lain menyebut:

* Matlamat 13 ialah mengenai Perubahan Suhu berhubung tindakan segera mengatasi perubahan suhu dan kesannya, manakala

* Matlamat 14 pula mengenai kehidupan di dasar air supaya memelihara dan melestari penggunaan laut dan hidupan marin demi pembangunan mampan.

Aktiviti ‘Dive Against Debris’ atau selaman untuk menaikkan sampah sarap dari laut ini memang menjadi aktiviti di beberapa negara yang mempunyai kesedaran berhubung penjagaan laut (marine conservation) yang tinggi.

 


Sempena program ini juga, penyelam BEST dan sukarelawan Salam akan memberi ceramah “Memelihara dan melestari penggunaan laut dan hidupan marin” kepada 130 warga sekolah SK Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu dan penduduk kampung. 
Zuraidah berharap taklimat ini akan dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar kepada semua, bahawa “menjaga pantai dan laut bersih, budaya mulia, amalan kita”. 

Penyelam BEST juga akan memberi pencerahan aktiviti cara menyelam mengikuti SOP pematuhan antarabangsa kepada anak-anak muda berminat, mungkin ia boleh menjadi satu kerjaya baharu kepada mereka nanti. - KitaReportes/Kenyataan Media

9
10
0
14
0
You will be interested