Alam & Sains 11 Jun, 2021

Berita Terkini| Kapasiti PKRC seluruh negara tahap 60%! Nadma siap sedia pilihan lain jika penuh

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KEADAAN PKRC di Pengkalan Chepa Kelantan yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 pesakit pada satu-satu masa.


KADAR kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara ketika ini berada pada tahap 60 peratus.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, pihaknya sentiasa bersedia dengan beberapa pilihan sekiranya jumlah pesakit di PKRC terus bertambah.

Menurutnya, tumpuan khas diberikan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Johor Bahru dan Lembah Klang bagi melihat keperluan untuk menambah PKRC sedia ada bagi menampung pesakit Covid-19 terutama kategori satu dan dua.

"Kita akan pastikan ada ruang 20 peratus bagi setiap PKRC. Kalau dah sampai 80 peratus (kapasiti), kita akan cari pilihan tertentu. (Antara pilihan itu) kita ada 360 Institut Latihan Awam Persekutuan (ILAP) di seluruh negara.

"Itu merupakan satu potensi, begitupun kebanyakan institut awam ini kita gunakan sebagai pusat kuarantin bagi mereka yang balik dari luar negara dahulu. Aset awam dipilih kerana boleh digerakkan secepat mungkin," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian di Ipoh pada Jumaat, 11 Jun 2021.

Beliau berkata,  buat masa ini kemudahan awam digunakan bagi mengurangkan beban kerana kos untuk membiayai setiap pusat kuarantin dan PKRC amat tinggi.

Dr. Aminuddin menambah sekiranya berlaku keadaan agak kritikal di PKRC, Nadma akan menggunakan pilihan berkenaan tetapi tidak melibatkan semua negeri dan bergantung kepada kekuatan yang ada. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
1
0
0
You will be interested