Alam & Sains 22 Jun, 2020

Seronok jadi pondan? Haram walaupun sekadar bermain FaceApp!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. ๐Ÿ“ง: [email protected]

Share this

ISU Lathi challenge atau cabaran Lathi masih belum reda, muncul pula permainan atau cabaran baharu iaitu menukar wajah atau jantina menerusi aplikasi FaceApp. Aplikasi ini membolehkan seseorang itu menukar wajahnya daripada lelaki menjadi wanita dan juga sebaliknya. Aplikasi ini bukan sahaja boleh menukarkan jantina, tetapi pelbagai fungsi lagi. : KitaReporters

Aplikasi yang menjadi 'kegilaan' masyarakat masa kini di Malaysia.


Namun โ€˜menukar jantinaโ€™ lebih popular apatah lagi ia dipopularkan oleh golongan artis sendiri!

Sebenarnya aplikasi ini sudah lama namun ia kembali popular. Ramai yang teruja mencubanya dan berkongsi hasilnya dalam media sosial.

Dalam keghairahan orang ramai bermain dengan aplikasi tersebut, mereka sebenarnya tidak tahu dan sedar bahawa ia adalah haram.

Ya benar, semua orang tahu menukar atau menyerupai jantina yang berlainan adalah haram di sisi Islam. Namun, dalam hal ini mereka menyangka ia sekadar permainan dan bukannya nyata.

Jadi, tanpa segan silu masing-masing mula ghairah menukar jantina ibarat macam seronok pula dapat menjadi jantina yang berlainan dengan asal.

Aplikasi ini mampu mengubah wajah lelaki menjadi perempuan. Kredit foto: Google Image



Menyedari keghairahan orang ramai dan menjawab persoalan salah seorang pengikutnya dalam media sosial, pendakwah bebas Syed Bakri Al Yahya atau dikenali sebagai Pencetus Ummah Syed (PU Syed) tampil memberi kenyataan berkenaan hal tersebut.

Menurut PU Syed, hukum menyerupai jantina lain walaupun hanya main-main, adalah haram!

โ€œBaca betul-betul dan tolonglah sedar! Hukum tasyabbuh (menyerupai) adalah haram berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุงุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ูŽุนูŽู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽุดูŽุจู‘ูู‡ููŠู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ุจูุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุชูŽุดูŽุจู‘ูู‡ูŽุงุชู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุจูุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู

Maksudnya: Daripada sayyidina Ibnu โ€˜Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, katanya, โ€œRasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki,โ€ tulisnya dalam Instagram.


Justeru PU Syed menyeru agar orang ramai khususnya orang Islam tidak mudah terpengaruh atau teruja mencuba gaya permainan orang kafir.

โ€œJanganlah meniru permainan dan gaya hidup orang kafir yang tiada halal dan haram dalam hidup mereka. 

"Apa sahaja aplikasi baharu yang muncul mesti ada teruja nak cuba dan tiru dengan alasan saja main-main tanpa risau hukum hakam yang terdapat di dalamnya.

โ€œBelajarlah, bertanyalah, kita bukan tiada ulama dalam Malaysia ini. Jangan jadi jahil selamanya! Kelak akan rugi di dunia dan lagi malang rugi di akhirat,โ€ seru PU Syed.

Namun, teguran PU Syed dilihat tidak mendatangkan impak buat orang ramai kerana perbuatan itu berterusan dikongsi dalam media sosial

Ia membuatkan pendakwah dan ahli peniagaan ini hairan kenapa begitu ramai yang suka melakukannya.

โ€œLagi ditegur lagi meriah mereka muat naik gambar bertukar jantina wajah! 

"Apa yang seronok sangat menukar wajah daripada lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki? Sakan kalian buat perkara yang ditegah oleh syarak.

โ€œLarangan menyerupai itu bukan setakat tak boleh jadi pondan atau bapuk, mak nyah dan sebagainya, tetapi apa sahaja yang menjurus ke arah perbuatan itu.

โ€œKalian seolah-olah menyokong perbuatan nak tukar jantinan yang dilaknat oleh Allah ini,โ€ katanya.


Semoga teguran dan penjelasan PU Syed dapat โ€˜didengariโ€™ dan dibaca oleh golongan artis dan seleberiti yang dilihat lebih ghairah melakukan perbuatan tersebut.

Aura yang dimiliki golongan ini lebih mudah mempegaruhi orang ramai apatah lagi anak-anak muda untuk mencubanya. 

Ingat, walaupun hanya menukar jantinan di dalam aplikasi, ia tetap haram! - KitaReporters

0
0
1
0
2
You will be interested