Alam Canggih 10 Sep, 2021

Hampir setiap rumah ada hangar, pesawat peribadi! Kawasan kediaman taman udara! Kat mana tu?

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Dua pesawat peribadi yang dimiliki penduduk Spruce Creek, Florida, Amerika Syarikat. - Kredit foto: Facebook Djnorimanadnan.


SUDAH menjadi kelaziman setiap kediaman mempunyai kemudahan pakir (meletak) kenderaan sendiri, namun kediaman yang memiliki hangar peribadi untuk meletak pesawat peribadi adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan tidak terdapat di negara kita.

Namun demikian, terdapat sebuah kawasan kejiranan di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Spruce Creek di mana hampir setiap rumah penduduk memiliki hangar dan pesawat peribadi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pesawat

Kedudukan kawasan kediaman Spruce Creek di Florida, Amerika Syarikat. - Kredit foto: Google Map


Spruce Creek yang mendapat jolokan kediaman taman udara terletak di timur laut Florida dan hanya beberapa kilometer di selatan Daytona Beach yang mempunyai populasi penduduk sekitar 5,000 orang dengan jumlah kira-kira 1,300 unit kediaman, menurut laman Facebook Djnorimanadnan.

Hangar tersebut bersambungan dengan landasan penerbangan yang terdapat di kawasan perumahan tersebut dan terdapat banyak papan tanda di jalan raya untuk memberi amaran kepada penduduk tentang pesawat keluar dan masuk dari kawasan itu.

Harga kediaman (kondo kecil) di kawasan bekas pangkalan tentera itu adalah sekitar RM550,000 seunit dan boleh mencecah lebih RM5 juta bagi banglo yang mempunyai hangar peribadi.


Pemilikan pesawat peribadi membuktikan minat mendalam penduduk Spruce Creek terhadap dunia penerbangan. - Kredit foto:  Facebook Djnorimanadnan 


Kebanyakan penduduk di Spruce Creek terdiri daripada juruterbang dan terdapat juga golongan profesional lain seperti doktor, peguam serta bintang filem yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia penerbangan.

Pelakon terkenal Hollywood, John Travolta pernah tinggal di kawasan kejiranan ini selama beberapa tahun sebelum diusir dari kawasan tersebut kerana menerima banyak aduan penghuni lain yang terganggu dengan bunyi bising melampau pesawat Boeing 707 miliknya selain terlalu besar untuk landasan yang terdapat di Spruce Creek.

Terdapat pelbagai jenis pesawat yang boleh dilihat di sini seperti koleksi pesawat Cessnas, Pipers, Mustang P-51, L-39 Albatros, Eclipse 500,Fourga Magista dan jet pejuang MiG-15 buatan Rusia.

Bukan sahaja pesawat, malah sudah menjadi satu kebiasaan untuk melihat deretan pelbagai kereta serta motosikal mewah di sini seperti jenama Lamborghinis, Corvettes dan Porshe.


Pemandangan biasa ruang udara Spruce Creek yang sentiasa terdapat penerbangan pesawat peribadi. - Kredit foto:  Djnorimanadnan.


Lebih istimewa, penduduk di sini mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain dan mempunyai minat mendalam terhadap dunia penerbangan sehinggakan perbincangan mereka selalunya berkisar mengenai dunia penerbangan.

Secara tradisi mereka akan berkumpul pada setiap Sabtu sebelum berlepas menaiki pesawat masing-masing  ke salah satu lapangan terbang tempatan untuk bersarapan pagi di mana aktiviti tersebut dikenali sebagai Saturday Morning Gaggle.

Namun Spruce Creek bukanlah satu-satunya kawasan kejiranan dengan konsep perumhan yang mempunyai kemudahan landasan penerbangan sendiri di Amerika Syarikat dan konsep ini sudah wujud selepas Perang Dunia Kedua lagi bagi memanfaatkan landasan pernerbangan yang banyak dibina ketika zaman peperangan.


Pemandangan kawasan kejiranan Spruce Creek dari udara yang dipenuhi pesawat peribadi. - Kredit foto:  Djnorimanadnan.  


Peringkat awal, pihak Civil Aeronautics Administration atau Lembaga Pentadbiran Penerbangan Awam (CAA) Amerika telah mencadangkan pembinaan sejumlah 6.000 kawasan perumahan dengan konsep sebegini di keseluruhan Amerika Syarikat, namun idea tersebut tidak dapat direalisasikan walaupun telah berjaya menarik minat beberapa pihak yang sanggup melakukan pelaburan besar membina kawasan perumahan yang mempunyai landasan penerbangan persendirian seperti di Spruce Creek.

Kini, terdapat kira-kira 600 buah pusat perumahan atau komuniti di seluruh Amerika Syarikat yang berkonsepkan rumah seperti di Spruce Creek di mana kebanyakannya tertumpu di negeri seperti Arizona, Colorado, Florida, Texas dan Washington. 

Namun, Spruce Creek merupakan kawasan perumahan terbesar di Amerika Syarikat dengan konsep sebegini. - KitaReporters


Salah satu papan tanda yang menunjukkan terdapat penerbangan pesawat peribadi yang terdapat di kawasan kejiranan Spruce Creek.-  Kredit foto:  Karhaus Realty Mercury Press.

18
16
0
13
0
You will be interested

iKool! UIAM hasilkan salap bahan semula jadi legakan masalah batuk, selesema! Gejala Covid-19!

4 penyelidik dari Kulliyyah Farmasi UIAM diketuai Dr. Farahidah Mohamed hasilkan ubat salap untuk legakan gejala batuk dan selesema. Salap ini diberi nama iKool

Roslan Rusly in Alam Canggih 1 week ago

Penggali kubur terkejut! Jumpa tengkorak manusia, harta karun! Cincin, gelang emas ditemukan!

4 penggali kubur di Jatibaru Timur, Asakota, Kota Bima NTB terkejut apabila temukan tengkorak manusia bersama harta karun berupa cincin, gelang, anting emas
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

Apabila cinta kepada kucing jadi usaha perniagaan! Nazirul, Zuhaili buka kedai, hotel kucing!

Mohd. Nazirul Ramli, isterinya, Zuhaili Chasmani labur RM85 ribu hasil simpanan mereka bagi realisasikan keinginan untuk memiliki sebuah kedai haiwan peliharaan
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 3 days ago

Larangan rentas negeri, nikah patuhi SOP! Pernikahan Noor Syawatul, Izzuddin guna Google Meet!

Bagi beri peluang saudara-mara lihat majlis pernikahan anak sulung di Kota Bharu, Norhayati Mohd Noor ambil inisiatif siarkan majlis guna pautan Google Meet
Rosdi Ismail in Alam Canggih 3 days ago

Video| Lama menghilang! Ayie Leon temukan kehidupan baharu masa PKP! Kini jatuh hati pada Mico!

Hampir dua tahun hilang dari radar industri muzik sejak PKP, Ayie Leon tak pernah tinggalkan bidang nyanyian, sebaliknya temukan “cinta” baharu bersama Mico
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago