Alam & Sains 01 Nov, 2020

Kluster Makekar hantui penduduk Terengganu! 15 kes baharu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KLUSTER Makekar kini menghantui penduduk Terengganu yang sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 gelombang ketiga apabila kluster terbabit menjadi penyumbang kepada peningkatan kes wabak berkenaan di negeri tersebut. Kebimbangan penduduk semakin terasa apabila pada 1 November 2020 sebanyak 15 kes baharu direkodkan yang berpunca daripada kluster Makekar. : KitaReporters 


Status kes COVID-19 Di Terengganu pada 1 November 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan kluster:

https://kitareporters.com/search?search=kluster


Berikutan penambahan kes baharu itu, Terengganu kini mencatatkan 48 kes COVID-19 yang aktif dengan jumlah keseluruhan sebanyak 209 kes. 

Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkata, kesemua 15 kes baharu pada hari ini (Ahad, 1 November 2020) dikesan melalui saringan kontak rapat kes cluster tersebut. 

Apa yang mengerunkan, lima daripada lapan daerah di negeri ini iaitu Marang, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Besut terkesan dengan penularan cluster berkenaan. 

Menurut kenyataan JKNT, lima kes baharu cluster Makekar dikesan di Mukim Rusila, Marang dan Mukim Rasau, manakala Dungun 4 kes, maanakala Mukim Sura, Dungun (1); Mukim Paloh, Kuala Terengganu (1); Mukim Manir, Kuala Terengganu (1); Mukim Tepoh, Kuala Nerus (1); Mukim Kampung Raja, Besut (1) dan Mukim Tembila, Besut (1). 


Status ke COVID-19 mengikut mukim-mukim di Terengganu pada 1 November 2020


Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kesemua 48 kes aktif ini dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID -19 di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). 

Sehingga 1 November 2020, terdapat empat  kluster yang didaftarkan oleh KKM di Negeri Terengganu.

Katanya, daripada 15 kes baharu bagi Kluster Makekar pada hari ini (1 November 2020), 11 daripadanya merupakan kontak rapat tempat kerja kes indeks (kes pertama) kluster ini dan telah pun dikuarantinkan dari awal semenjak kes indeks dikesan. 

Empat lagi kes merupakan kontak rapat yang dikesan di mukim Rasau menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di mukim tersebut adalah sebanyak 24 kes. 


Pengarah JKNT Dr Nor Azimi Yunus


Dr Nor Azimi berkata, bagi menghalang perebakan, pengesanan dan saringan secara aktif dalam kalangan kontak rapat dan komuniti masih lagi giat dijalankan terutama di kawasan Ketengah Jaya. 

Katanya, pihak jabatan masih terus melaksanakan langkah-langkah kawalan di kawasan terbabit dengan menutup beberapa sekolah, pejabat, masjid, kedai makan dan premis persendirian bagi tujuan sanitasi dan mencegah penularan jangkitan. 

Beliau mengingatkan penduduk di Gugusan Felda Kertih, Ketengah Jaya untuk mengelakkan pergerakan keluar dan masuk di kawasan ini buat sementara. 

“Bagi mereka yang mempunyai apa-apa gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak, batuk, selsema, hilang deria bau diminta untuk segera hadir ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya atau mana-mana klinik kesihatan berhampiran bagi menjalani saringan oleh petugas kesihatan,” katanya. 

Beliau berkata, secara umumnya, kes-kes baru yang dikesan hanya melibatkan Kluster Makekar hasil saringan pantas dalam kalangan kontak rapat. Kesemua kontak yang disaring dikuarantinkan di pusat kuarantin atau diletakkan di bawah Perintah Pengawasan Di Rumah (HSO) untuk menghalang perebakan. 

Pihak jabatan, katanya, sentiasa memantau rapat perkembangan kes dan kluster dari semasa ke semasa. 

Bagi setiap kes baru yang dikesan, langkah-langkah kawalan akan dijalankan dengan segera dan semua kontak rapat akan dikenal pasti dan dihubungi bagi menjalani saringan dan pengasingan. - KitaReporters

5
0
9
1
0
You will be interested