Alam & Sains 28 Jun, 2020

TM! Yoodo Gank perlu capaian terbaik! Liga Dunia PUBG Mobile

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

PADA awal bulan Mei baru-baru ini, Yoodo Gank dari team Malaysia telah muncul juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) 2020. Kejuaraan ini juga membolehkan mereka layak beraksi pada Liga Dunia PUBG Mobile. Liga Dunia guys, bukan liga kampung tau. Ia satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia kerana apa? Kerana ia berjaya membuka banyak mata banyak pihak bahawa E-Sukan adalah sukan berpotensi untuk maju. : KitaReporters

Kredit Foto FB Din Jumper


Jika pasukan Yoodo Gank berjaya dalam Kejohanan ini sudah tentu ia akan beri kebaikan kepada E-Sukan di negara ini. 

Kita tahu, main permainan E-Sukan ini memerlukan Internet yang power. Kalau tak, memang hampeh. Main asyik tersangkut-sangkut. Ingat duk dalam hujan ka!!!

Salah seorang pemain dari pasukan Yoodo Gank, Muhammad Izzrudin Hashim atau lebih popular dengan Din Jumper ini telah meluahkan rasa tidak senang atau dalam bahasa mudah, beliau tidak puas hati dengan capaian Internet di kawasan beliau.


Kredit FB Din Jumper


Din Jumper juga mempersoalkan apakah dengan 10 MBPS itu cukup untuk mereka hadapi kejohanan dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Ketika PMPL SEA sebelum ini pun beliau alami capaian Internet tidak memuaskan tetapi rezeki milik mereka, Yoodo Gank muncul juara.

Kalau tak? Tak pasal-pasal negara jiran atau musuh sukan nombor 1 kita, Indonesia menang. 

Persoalannya, macam mana pula untuk Liga Dunia ini? Pasukan yang bertanding sudah tentu yang terbaik dalam kalangan terbaik dunia.

Takkanlah tengah bermain nak menang tiba-tiba alami gangguan Internet, line slow? 

Macam mana nie guys!!!!

Kredit foto FB Yoodl Gank


Kalau dah capaian Internet tidak memuaskan, macam mana nak adakan latihan yang sistematik. Ini akan ganggu persiapan pasukan Yoodo Gank.

Kepada pihak yang berwajib yang jaga capaian Internet, ini masa terbaik untuk anda berbakti kepada negara.

Cewahhh, dengar macam gempak kan. 

Bukan itu saja, ia juga dapat membantu 'marketing' capaian Internet anda.

Kepada netizen, ayuh gunakan kuasa viral agar mereka ambil tindakan secepat mungkin. Kuasa viral ayuh bertindak!!!!! - KitaReporters

Kredit foto FB Din jumper 

4
0
0
0
0
You will be interested