Alam & Sains 08 Sep, 2020

Ratu mesra alam! Dr Nisha nak hasil tuala wanita mudah urai!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Wow! Hebatnya, Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai seorang finalis Ratu Cantik Malaysia 2019 yang bertugas di barisan hadapan di Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Dan  pada 6 September 2020 lalu, Dr Nisha Thayananthan, 28, dinobatkan sebagai Ratu Bumi Malaysia sesi 2020/21. : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan ratu cantik:

https://kitareporters.com/search?search=ratu+cantik


Dr Nisha, bukan kaleng-kaleng, dia juga seorang doktor muda perubatan yang bertugas di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. 

Dia yang amat disenangi dan mesra dalam kalangan rakan-rakan setugasnya, turut terlibat berjuang di barisan hadapan (fronliners) melawan pandemik Covid-19.

Di samping itu, beliau aktif dalam dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta banyak melakukan kerja-kerja sukarelawan terutama membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama ketika penularan wabak Covid-19.


@nisharaspberries : Here's a sneak peek of my interview as a frontliner in conjuction with 'Hari Merdeka' 😊 Stay tune with @thedonnamy



Walau sesibuk mana pun,Dr.Nisha tetap aktif bergiat dalam program kesukarelawan dan kalau sudah berminat buat apa sahaja akan mudah dan mendatangkan kepuasan diri. - Kredit foto Instagram


Baru-baru ini, Dr. Nisha berhasrat untuk menghasilkan tuala wanita biodegradasi atau mudah urai jenamanya sendiri.

Antara sebab tercetus ideanya terhadap produk tersebut ialah kerana terdapat masalah pembuangan sisa tuala wanita yang boleh merosakkan ekosistem alam sekitar.

"Sebenarnya tuala wanita mengandungi  90 peratus bahan plastik dan tidak mudah terurai dan sebaliknya memerlukan masa antara 600 hingga 800 tahun dan mungkin lebih untuk lupus (terurai) di tanah. Inilah masanya yang tepat memikirkan produk tuala wanita mudah urai diperbuat daripada gentian tumbuh-tumbuhan. Mungkin dalam tempoh enam bulan akan mudah terurai dan boleh mengekalkan kelestarian alam semula jadi.

"Setiap tahun, 2.4 bilion keping tuala wanita dihasilkan di Malaysia. Ia adalah jumlah yang besar dan sebab itu kita perlu tangani masalah ini," katanya.


Tahukah anda bahawa tuala wanita (pad) dan tampon terdiri daripada 90 peratus plastik, dan tampon pula mengandungi pemutih, kapas bukan organik, serta rayon yang sukar terurai.

Mengikut satu kajian yang dijalankan di Stockholm,plastik mengandungi low-density polyethylene seperti  terdapat dalam tuala wanita dan mengambil masa selama 500 hingga 800 tahun untuk terurai di dalam tanah.

Syabas! Semoga Dr. Nisha mencapai cita-citanya menjadi usahawan ‘tuala wanita’ jenamanya sendiri yang lebih inovatif dan selamat. - Kitareporters


Sumber:

https://cosmopolitan.my/6-fakta-penting-tentang-tuala-wanita-yang-kamu-perlu-tahu/

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1877040

3
1
0
0
0
You will be interested