.
Dubai antara bandar raya kunjungan pelancong dunia. - Kredit foto: Indian Times
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan kemahiran saintisnya dan kecanggihan teknologi dron untuk membuat hujan buatan.
Teknologi pembuatan hujan, yang dikenal sebagai penyemaian awan digunakan ketika suhu melonjak kepada lebih 48 darjah celsius atau (120 darjah Fahrenheit) di Dubai.
Pembenihan awan itu menggunakan dron yang melepaskan arus atau cas elektrik bagi mendorong awan bergabung untuk menghasilkan hujan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hujan
Baru-baru ini, Pusat Meteorologi Nasional UAE mengeluarkan rakaman video hujan lebat, yang menunjukkan bahawa teknologi tersebut telah terbukti berjaya.
Pusat itu mengatakan pemendapan ditingkatkan dengan teknik yang dikenali sebagai pembenihan awan dengan menggunakan bantuan arus elektrik.
Menurut India Times, UAE membelanja lebih USD15 juta (kira-kira RM60 juta) bagi melakukan beberapa kaedah pembernihan hujan sejak tahun 2017.
.
Hujan buatan di Dubai menggunakan dron bagi menghasilkan hujan buatan. Kredit foto: Indian Times
Di negara-negara Arab, air dianggap lebih berharga daripada minyak kerana kurangnya kadar hujan tahunan untuk keperluan harian.
Terdapat negara yang menggunakan teknologi menawarkan air laut. - KitaReporters
Tags: