Alam Canggih 15 Jan, 2021

Alamak! 89 kes positif baharu! Terengganu catat kes COVID-19 tertinggi selepas dua hari PKPB!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SELEPAS dua hari penduduk Terengganu menjalani kehidupan seharian dalam keadaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jumlah angka kes COVID-19 paling tinggi dicatatkan sejak pandemik berkenaan melanda negara pada awal 2020. : KitaReporters



Statistik COVID-19 mengikut daerah di Terengganu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu


Lagi laporan-laporan kesihatan berkaitan JKNT:

https://kitareporters.com/search?search=JKNT


Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu pada 14 Januari 2021, negeri ini merekodkan jumlah pertambahan kes sebanyak 89 kes baharu dan 20 kes sembuh menjadikan terdapat 266 kes aktif COVID-19 dengan jumlah keseluruhan  sebanyak 661 kes.

Daripada jumlah itu, 264 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu (HHT), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), PKRC Marang dan PKRC ILKKM Kuala Terengganu. Dua kes menerima rawatan di ICU HSNZ dengan satu daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Daerah Kuala Terengganu mencatat kes paling tinggi iaitu 46 kes, diikuti Dungun (18), Besut (16), Kemaman (5), Setiu (2) manakala Marang dan Kuala Nerus masing-masing satu kes dan Hulu Terengganu sifar kes.


Peningkatan kes secara mendadak itu dan paling tinggi direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 membimbangkan penduduk negeri ini. 

Kali terakhir Terengganu mencatatkan rekod kes COVID-19 paling tinggi ialah pada 8 Januari 2021 dengan 34 kes. 

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pula, daripada 89 kes baru pada hari ini Khamis 14 Januari 2021, 12 kes adalah import B, satu import C dan 76 kes penularan tempatan.




Ketika ini, terdapat enam kluster aktif yang didaftarkan di Negeri Terengganu iaitu Kluster Kolam Permai, Kluster Mengkuang, Kluster Palut, Kluster Kejaya, Kluster Kubang Bujuk dan Kluster Permint Harmoni. Kluster Dang Mutiara diisytiharkan tamat setelah tiada kes baru dalam tempoh 28 hari yang lepas. 

Dalam perkembangan lain, JKNT mengeluarkan notis perintah penutupan lima masjid di daerah Kuala Terengganu selama tiga hari bermula 14 Januari 2021 hingga 16 Januari 2021 bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.

Pengarahnya, Dr Azimi Yunus berkata, lima masjid terbabit ialah Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong,Masjid Al Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau Selat dan Masjid Al Muttaqin Kepong.


Dr Nor Azimi Yunus


Notis penutupan sementara lima masjid di daerah Kuala Terengganu yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Dr Nor Azimi sekali mengingatkan orang ramai bagi memastikan keadaan pandemik COVID-19 di Terengganu terkawal, semua penduduk dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. - KitaReporters

You will be interested

Tahniah IPD, OCPD Besut! Dua suspek pengedar berbahaya dadah langgar MPV polis berjaya ditahan

Ketua Polis Daerah Besut, Abdul Rozak beritahu dua pengedar dadah jenis methamphetamine diberkas selepas langgar dua kereta peronda polis untuk melarikan diri

Video| Selepas Awang Rasau, Black Panther Nogori pula ditangkap! Harimau kumbang ke-2 ditangkap

Perhilitan Negeri Sembilan berjaya tangkap seekor harimau kumbang di Kampung Ulu Nuri, Johol pada 3 Mac 2021. Pada 4 Mac, harimau itu dilepaskan ke habitat asal
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 14 hours ago

Harimau Awang Rasau kebal! 5 butir peluru dalam badan! Dirawat di pusat menyelamat Perhilitan

Awang Rasau, harimau yang diitangkap di Felda Kerteh 3 Dungun ditembak 5 butir peluru. Haiwan itu dirawat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan Perhilitan
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 day ago

Video| Argentina dilanda tornado nyamuk? Pembiakan luar biasa nyamuk selepas dua minggu hujan

Argentina dilanda hujan lebat selama dua minggu sehingga sebabkan banyak takungan atau lopak air yang jadi punca pembiakan nyamuk dengan cepat dan berleluasan
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 day ago

Video| Fenomena hujan batu di Cheras ketika cuaca panas melanda! Ikuti penjelasan MetMalaysia

Hujan lebat bersama ketulan air batu landa beberapa kawasan di Cheras seperti Taman Leng Seng, Taman Tun Perak, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Cheras Utama
Abdul Hafiz Ahmad in Alam Canggih 1 day ago