Alam & Sains 26 Aug, 2020

Kasihan abang ojek! Penunggang motosikal pun boleh kena pukau!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

TULAR dalam media sosial di negara jiran, Indonesia satu video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang pemandu ojek (teksi motosikal) dipukau oleh seorang individu. Akibat kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fikri Basuki kehilangan sebuah motosikal dan dompetnya.  : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


Kejadian berlaku di kawasan Jalan Kyai Tapa, Grogol, Jakarta Barat

Menurut Muhammad Fikri, dia telah menjadi mangsa pukau sehingga tidak menyedari sehingga menyerah begitu sahaja motornya kepada individi terbabit.

Inilah motor yang digunakan untuk mencari rezeki.


Dia turut meminta bantuan orang ramai dalam grup Facebook, Group Driver Gojek Se Jabodetabek, sekiranya terjumpa motosikal miliknya itu.

“Selamat siang, salam minta bantuannya ya abang-abangku. Saya kelmarin habis kena musibah dihipnotis (pukau) di Grogol Jalan Raw Bahagia. Motor dan seisi yang di dalam dompet dibawa lari sama pelaku.

“Minta bantuan untuk sebarkan. Sekiranya ada yang terjumpa motor saya (pelakunya dengan ciri-ciri yang ada dalam gambar) boleh terus menghubungi saya. Motor itu saya gunakan untuk mencari rezeki,” tulisnya.


Rakaman video tersebut juga menunjukkan dengan jelas kejadian yang berlaku. Pelaku dilihat sempat turun lalu berjalan ke arah sebuah persimpangan jalan.

Namun, tiba-tiba pelaku kembali lagi dan terjadi perbincangan singkat. Seperti tanpa paksaan, mangsa menyerahkan begitu saja motornya dibawa oleh pelaku.

Mangsa hanya melihat sahaja pelaku membawa lari motornya tanpa berbuat apa-apa.


Beberapa minit kemudian atau mungkin setelah sedar daripada dipukau, mangsa dilihat berusaha mengejar pelaku yang telah membawa lari motornya.


Rata-rata netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa Muhammad Fikri dan menyarankannya agar membuat laporan polis.

Ingatkan kejadian pukau ini berlaku di kaunter pembayaran atau di kedai emas, rupa-rupanya atas motosikal pun boleh terjadi. Jadi, berhati-hatilah ketika berdepan dengan seseorang yang kita tidak kenali. - KitaReporters


Sumber: Makassar_iinfo

0
0
1
0
0
You will be interested