Alam & Sains 10 Apr, 2021

Tahniah MBK! Tong sampah kalis monyet perindah lanskap Teluk Cempedak! Tiada sampah berterabur

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Watak kartun Spongebob secara tidak langsung memupuk sangat kanak-kanak membuang sampah dalam tong disediakan.


Geram dengan kehadiran monyet yang sering mencemarkan kawasan perkelahan Teluk Cempedak, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengambil inisiatif mencipta tong sampah khas yang tidak boleh lagi diselongkar haiwan berkenaan. 

Kasihan monyet tak boleh cari makan dah! 

Tong sampah di kawasan perkelahan juga menjadi tumpuan si monyet mencari makanan! Tempat tinggal di hutan dah habis makanan gamaknya sehingga terpaksa selongkar tong sampah!

Tidak terkecuali Pantai Teluk Chempedak di Kuantan, Pahang yang memang terkenal dengan keindahan pesisiran pantai semula jadi yang memukau pengunjung.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan monyet


Tiada lagi sampah terutama sisa makanan berterabur angkara monyet di pantai Teluk Cempedak.


Namun isu sampah bersepah angkara perbuatan  monyet di hutan simpan bersebelahan bukan sahaja mencacatkan pemandangan pantai perkelahan itu malah turut menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan pengunjung. 

Jangan risau kerana MBK sudah punya solusinya yang tersendiri! 

Tinjauan wartawan KitaReporters mendapati tong sampah itu berada dalam keadaan baik dan sampah juga tidak bersepah malah  haiwan liar itu juga tidak kelihatan di pantai peranginan itu. 

Tak minat pergi pantai sebab tak boleh korek tong sampah dah!



Memang agak sukar untuk melihat kelibat monyet itu sekarang kerana MBK sudahpun mengambil langkah proaktif dengan menyediakan ‘Tong Sampah Kalis Monyet’ bagi menyelesaikan isu pencemaran sampah dek perbuatan monyet yang suka selongkar tong sampah di pantai perkelahan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Hasil usaha MBK menginovasikan tong sampah biasa kepada tong sampah kalis monyet itu telah berjaya menyelesaikan masalah sampah sarap berselerak yang dihasilkan monyet.  

Watak kartun Spongebob pula secara tidak langsung memupuk sangat kanak-kanak membuang sampah dalam tong disediakan. 


Seorang pengunjung membuang sampah ke dalam tong sampah khas yang diperbuat daripada besi keluli



Menurut Pegawai Perhubungan MBK, Norkamawati Kamal, inovasi rekaan tong sampah itu bagi membolehkan sampah seperti bungkusan sisa makanan yang dibuang pengunjung tidak boleh diselongkar haiwan terbabit.

Tong sampah ini diperbuat daripada ‘stainless steel’ (besi keluli) dan mempunyai struktur licin dan tertutup rapi berbanding tong sampah biasa dan diyakini mampu menyelesaikan masalah monyet  menyelongkar sampah dalam tong.

"Tong sampah yang menggunakan motif kartun popular ini praktikal untuk kegunaan orang ramai dan ia tidak boleh dibuka oleh monyet kerana terhalang oleh petak pada bahagian atas,” katanya.

Norkamawati berkata, MBK yakin dapat menjamin kebersihan Teluk Cempedak sejajar dengan fokus untuk menjadikan ia destinasi pantai pilihan pelancong.

“Dengan reka bentuk dinamik, kreatif dan mesra pengguna mampu menambahkan lagi seri landskap pantai perkelahan ini," katanya.


Tong sampah kalis monyet hasil inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif dari Jabatan Landskap MBK.


Menurutnya, tong sampah yang berharga RM300 setiap satu dan diletakkan persisiran pantai itu merupakan hasil inovasi rekaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif dari Jabatan Landskap MBK.

Sementara itu, seorang peniaga kiosk pakaian, Nor Azizah Abdul Manaf, 45, berkata, tiada lagi sampah bertaburan di kawasan Teluk Cempedak selepas tong sampah khas itu diletakkan di pusat peranginan berkenaan.

"Kalau dulu, sampah sarap kerap sangat bertaburan angkara monyet yang menyelongkar tong sampah tetapi hari ini tiada lagi masalah itu.

"Kita amat berpuas hati dengan usaha MBK yang mengatasi masalah sampah bertaburan di ruang bangku dan pesisiran pantai," katanya. 

Semoga pantai Teluk Cempedak akan terus dikunjungi ramai dan isu tong sampah diselongkar monyet berakhir dengan penggunaan tong sampai stainless steel ini. - KitaReporters


Tong sampah kalis monyet bermotifkan kartun popular

3
1
0
0
0
You will be interested