Alam & Sains 27 Apr, 2021

Berita Terkini| Kemukakan permohonan kepada CITF! Jika mahu dapat suntikan lebih awal - Dr Adham

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah disusun secara sistematik mengikut fasa yang ditetapkan, manakala permohonan untuk menerima vaksin awal akan dilakukan berdasarkan metrik dan kaedah tertentu oleh CITF. - Kredit foto: Sinar Harian


INDIVIDU yang mahu menjadi golongan lebih awal untuk menerima vaksin Covid-19 termasuk pengamal media boleh mengemukakan permohonan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menerima sebarang senarai maklumat daripada pihak media dan sekiranya ada permohonan, KKM akan mengemukakannya kepada CITF untuk tindakan lanjut.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah disusun secara sistematik mengikut fasa yang ditetapkan, manakala permohonan untuk menerima vaksin awal akan dilakukan berdasarkan metrik dan kaedah tertentu oleh CITF,” katanya yang dipetik oleh Bernama Selasa, 27 April 2021.

Terdahulu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) meminta penjelasan dalam isu pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada pengamal media berikutan laporan yang mendakwa kakitangan sebuah organisasi media sudah menerima vaksin.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, kerajaan telah bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin Covid-19 tertakluk kepada bekalan vaksin mencukupi. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Dr Adham Baba berkata, buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menerima sebarang senarai maklumat daripada pihak media. 

0
0
0
1
0
You will be interested