Alam & Sains 29 Apr, 2021

Berita Terkini| Warga emas perlu patuhi SOP, elak 3S! Walaupun terima suntikan! Masih berisiko!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

WARGA emas perlu menggunakan pelitup muka apabila keluar rumah serta mengamalkan penjarakan fizikal walaupun telah menerima suntikan. - Kredit foto: Sinar Harian.


WARGA emas yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan mereka masih berisiko untuk dijangkiti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, warga emas perlu menggunakan pelitup muka apabila keluar rumah serta mengamalkan penjarakan fizikal kerana vaksin berkenaan berkesan selepas dua minggu suntikan dos kedua.

"Mereka (warga emas) divaksinasi ini masih boleh dijangkiti. Oleh itu, disarankan untuk terus patuh kepada SOP dan elakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, elakkan kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat," katanya yang dipetik oleh Bernama pada Khamis, 29 April 2021.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham memaklumkan 40 petugas kesihatan disahkan positif Covid-19 selepas melengkapkan dos vaksinasi mereka, dengan sembilan orang dilaporkan dijangkiti setelah lebih dua minggu menerima dos kedua, sementara 31 lagi dijangkiti dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas inokulasi.

Dr Noor Hisham berkata, mereka yang dijangkiti selepas divaksinasi hanya mengalami gejala ringan selain ia tidak membawa mudarat dan mampu menyelamatkan nyawa.

"Vaksin memberi perlindungan dalaman manakala pematuhan SOP akan memberikan perlindungan luaran daripada dijangkiti COVID-19," katanya.

Bermula 19 April 2021, Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi keutamaan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berisiko tinggi yang memiliki sejarah penyakit kronik. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata warga emas yang divaksinasi ini masih boleh dijangkiti dan disarankan untuk terus patuh kepada SOP dan elakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, elakkan kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat. 

1
0
0
0
0
You will be interested