Alam & Sains 11 Apr, 2020

TAK SIHAT? CUBA ONLINE TANYA DOKTOR UNISZA

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pandemik COVID19 yang melanda negara pada masa kini menyebabkan berlaku kesesakan di hospital dan klinik-klinikkesihatan seluruh negara. Petugas-petugas kesihatan barisan hadapan negara sedang mengalami tekanan kerja dalam melawan penularan wabak ini, sehingga rakyat sukar dan takut untuk hadir secara fizikal ke klinik-klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan secara normal. : KitaReporters

Sebahagian kumpulan doktor dari UniSZA sedia berkhidmat membantu komuniti mengenai masalah kesihatan.


Umum juga mengetahui bahawa, tindakan  berkunjung ke klinik-klinik kesihatan pada waktu ini mengundang risiko terdedahkepada virus dan kuman di dalam bilik menunggu rawatan.

Penggunaan teknologi dalam talian (online) sebagai medium konsultasi bersama pakar perubatan secara jarak jauh merupakan salah satu jalan penyelesaian yang terbaik. 

UniSZA telah membangunkan aplikasi khidmat kesihatan melalui platform TanyaDoktor.com.


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi universiti pertama menyediakan khidmat nasihat kesihatan percuma kepada masyarakat setempat.

Khidmat nasihat percuma itu diberikan melalui platform TanyaDoktor.com yang akan diselia oleh 40 pakar perubatan UniSZA daripada pelbagai bidang kepakaran termasuk pakar kanak-kanak, tulang, perubatan dalaman, bius serta telinga, hidung dan tekak.

Naib Canselor UniSZA Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan 


Naib Canselor UniSZA Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sistem itu sebahagian daripada usaha universiti berkenaan membantu mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan pada waktu sekarang.

Katanya, UniSZA mempunyai ramai pakar perubatan yang sedia membantu masyarakat dalam memberi khidmat nasihat kesihatan dan perubatan.

Sebab itu, katanya, UniSZA komited dalam memastikan komuniti mendapat akses kepada Pakar-pakar Perubatan inidengan mudah dan cepat secara dalam talian, terutama pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara pada waktu ini sehingga 28 April 2020.

 


TanyaDoktor.com yang dilancarkan pada 6 April 2020 merupakan sistem yang dibangunkan secara bersama oleh kumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Fakulti Informatik dan Komputeran. 

Sistem ini merupakan sebahagian daripada usaha UniSZA untuk membantu mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan pada waktu sekarang. 

Dr. Hassan Basri menjelaskan, TanyaDoktor.com yang diperkenalkan itu adalah sebuah sistem rundingan kesihatan dalam talian yang membolehkan rakyat Terengganu mendapatkan nasihat-nasihat kesihatan secara percuma daripada doktor-doktor pakar perubatan UniSZA yang bertauliah dan berpengalaman. 

Beliau berkata, sistem ini telah dibangunkan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat terutama pada waktu  COVID19 yang masih meruncing ini. 

Melalui sistem ini, rakyat Terengganuakan mendapat akses kepada Pakar-pakar Perubatan UniSZA secara dalam talian melalui sistem ini. 

"Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan UniSZA kepada masyarakat," tambahnya.

Kredit foto: FB rasmi UniSZA (https://www.facebook.com/UniSZAedumy/)


Katanya, pegawai perubatan UniSZA mempunyai pelbagai bidang kepakaran telah dilatih bagi menggunakan teknologi dalam talian dalam membantu memberi nasihat kesihatan bagi kes-kes bukan kecemasan. 

Malah, katanya, doktor-doktor pakar UniSZA yang mempunyai purata pengalaman selama 20 tahun akan sentiasa bersedia membantu rakyat lima hari seminggu, pada waktu pejabat.

Katanya, sebagai permulaan, sistem ini hanya akan dibuka kepada penduduk di Daerah Kuala Nerus sahaja dan akan diperluaskan ke seluruh negeri Terengganu dalam masa terdekat. 

“Sistem ini diharap dapat mengurangkan kerisauan masyarakat dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berkaitan pematuhan kepada langkah-langkah pencegahan yang disaran oleh kerajaan dalam menangani krisis kesihatan di negara kita pada masa ini,” katanya.  


Dr Hassan Basri berkata, pakar perubatan UniSZA adalah bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) sedia membantu masyarakat dan khidmat nasihat secara profesional. 

“Dengan kewujudan sistem itu akan membantu penduduk di kawasan Kuala Nerus dan 14,000 warga UniSZA termasuk 13,000 penuntut kami,” katanya.

Menurutnya, sistem yang dibangunkan dengan kos lebih RM100,000 itu diharapkan mengurangkan kerisauan dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan pematuhan kepada langkah pencegahan yang disaran kerajaan dalam menangani krisis kesihatan pada sekarang. - KitaReporters

 

8
3
1
0
0
You will be interested