Alam & Sains 19 Jun, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kumpulan Mr DIY (M) Berhad baru-baru ini memberi sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer, sebuah inisiatif oleh Medical Awareness Camp Outreach (MACO)

MACO adalah sebuah NGO yang dibentuk oleh sepasukan doktor-doktor pakar dan para sukarelawan bukan perubatan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan secara percuma, makanan, bantuan makanan, dan komputer yang telah dibaik pulih kepada golongan yang memerlukan

NGO seperti ini setentutnya antara komponen penting bagi pelaksanaan aspirasi Keluarga Malaysia


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kegunaan komputer

Pasukan IT Mr DIY membaik pulih 110 set komputer untuk menyokong Program Pemerkasaan Komputer MACO. Set komputer tersebut telah dihantar kepada MACO oleh pasukan Mr DIY Cares.


Melalui Program Pemerkasaan Komputer, MACO membaik pulih set-set komputer untuk dilengkapkan ke makmal komputer di sekolah-sekolah. Sehingga April 2022, lebih 2,000 set komputer telah dibaik pulih oleh organisasi tersebut.

Pasukan IT dari Mr DIY telah menghulurkan sokongan secara sukarela buat program tersebut dengan membaik pulih 110 set komputer yang terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan pelbagai aksesori lain, agar boleh digunakan di makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Kesemua komputer yang dibaik pulih itu telah diperoleh dari ibu pejabat Mr DIY di Seri Kembangan serta cawangan-cawangannya di seluruh negara.


Set-set komputer yang dihantar ke MACO untuk menyokong Program Pemerkasaan Komputer NGO tersebut.


Mengulas tentang inisiatif tersebut, Pengerusi Kumpulan Mr DIY, Dato’ Azlam Shah Alias, dalam satu kenyataan media pada 14 Jun 2022, berkata, “Kami sedar bahawa salah satu kumpulan yang paling terkesan dengan pandemik adalah para pelajar. 

"Kami mendapati bahawa apabila mereka kembali ke sekolah selepas pandemik, banyak sekolah yang memerlukan bantuan bagi memastikan para pelajar mempunyai kemudahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian

"Dengan lebih 900 buah cawangan di seluruh negara, pasukan IT kami amat mahir dalam mengendalikan komputer, dan telah menawarkan khidmat secara sukarela untuk memperoleh dan membaik pulih kesemua komputer ini bagi menyokong inisiatif tersebut. 

"Kami berharap agar sumbangan ini akan membantu para pelajar meneruskan pembelajaran tanpa sebarang masalah.”

Azlam mengucapkan terima kasih kepada MACO kerana telah menganjurkan inisiatif tersebut. 

“Inisiatif yang murni dan amat berguna ini pastinya akan membantu sekolah-sekolah menyediakan pangkalan digital yang efektif supaya para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. 

"Kami berharap lebih banyak syarikat akan tampil untuk membantu organisasi-organisasi seperti MACO supaya kita semua dapat menambah nilai kepada sektor pendidikan,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut. 

Pada Disember 2021, Mr DIY telah disenaraikan dalam FTSE4Good Index 2021 yang diiktiraf pada peringkat global. Pencapaian ini membuktikan usaha peruncit tersebut untuk terus menghasilkan impak yang positif buat komuniti-komuniti di mana ia beroperasi. - KitaReporters


10
7
0
6
0
You will be interested