DALAM usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keindahan hutan tropika di negara ini, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) mempelawa pencinta alam untuk menguji kemahiran dan kreativiti mereka menerusi Pertandingan Fotografi MTCC 2020. Ada hadiah menarik disediakan untuk dimenangi!! : KitaReporters
Kredit foto: https://www.facebook.com/MTCC.Malaysia
Pertandingan melalui media social itu merupakan penganjuran kali ketiga MTCC dengan kerjasama PCP Publications, sebuah syarikat penerbitan yang melahirkan majalah-majalah fotografi dan pelancongan seperti Photo Creator, Advanced Images, Fotografika, Travelmate dan Travelution.
Wah ni bukan calang-calang! semuanya hebat .
Bertemakan “Experience Forest, Experience MTCS-PEFC”,
pertandingan yang dibuka sehingga 6 Julai 2020 depan bertujuan untuk mempromosikan nilai alam semula jadi
serta kepentingan pengurusan hutan mampan.
Ketua Pegawai Eksekutif MTCC, Yong Teng Koon berkata,
menerusi pertandingan ini mengajak peminat fotografi untuk menghantar
gambar-gambar menarik tentang keunikan hutan di negara kita.
“Dengan menyatukan fotografi dan keberkesanan media
sosial, kami yakin akan dapat menjangkau lebih ramai orang bagi menyebarkan
mesej positif tentang pemeliharaan alam semula jadi,” katanya dalam kenyataan,
baru-baru ini.
KETUA Pegawai Eksekutif MTCC, Yong Teng Koon. - Foto ihsan: MTCC
Menariknya dalam pertandingan kali ini sebanyak lima kategori diketengahkan termasuk #fortheloveofnature, sebuah kategori baharu yang diwujudkan khas untuk pengguna Instagram dan Facebook.
Jelas beliau kategori baharu diperkenalkan itu
menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pemeliharaan alam menerusi fotografi.
YONG Teng Koon (dua dari kanan), menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama Pertandingan Fotografi MTCC 2018, Mohd. Samsi Sumairi.
Kategori yang dipertandingkan pada penganjuran
tahun ini adalah Manusia dan Hutan, Hutan dan Landskap Hutan, Hutan dan Haiwan,
Keajaiban dan Suara Alam (video pendek) dan #fortheloveofnature (media sosial).
GAMBAR oleh Abdul Hafiz Ab Hamid yang merupakan antara pemenang bagi kategori Hutan dan Manusia dalam Pertandingan Fotografi MTCC, tahun 2018.
Istimewanya kali ini jurugambar tersohor, Azul Adnan
diundang sebagai juri jemputan pertandingan tersebut.
Hasil tangan Azul sebelum ini pernah diketengahkan dalam
laman web National Geographic dan BBC dan majalah antarabangsa seperti Digital
Camera dan Lonely Planet.
Turut bergandingan dengan Azul dalam penjurian adalah Ketua Editor PCP Publication, Jessica Chan.
Apa lagi, bagi yang meminati fotografi, jom dapatkan maklumat lanjut terkini mengeni pertandingan tersebut dan layari Facebook MTCC.Malaysia, AdvancedImagesTravelution, majalahFotografika, PhotoCreatorTravelmate dan laman sesawang www.mtcc.com.my untuk muat turun borang penyertaan.
Selamat mencuba! - KitaReporters
AZUL Adnan yang dijemput sebagai juri jemputan dalam pertandingan tahun ini.
Kredit foto: https://www.facebook.com/MTCC.Malaysia