Alam & Sains 06 May, 2021

APM Pekan terpaksa minta bantuan lori! Bawa ular sawa gergasi 150 kilo, 6 meter ke pejabatnya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PEGAWAI serta anggota APM Pekan mengambil masa selama 25 minit untuk menangkap ular sawa yang berada di dalam parit di tapak projek tersebut. - Kredit Foto : APM Pekan


ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) Daerah Pekan, Pahang terpaksa meminta pertolongan sebuah lori dari tapak projek solar di Kuala Pahang untuk membawa seekor ular sawa gergasi seberat 150 kilogram yang berjaya ditangkap ke pejabatnya, pada Isnin 3 Mei 2021. 

Ini kerana sangkar yang dibawa oleh APM semasa operasi itu tidak dapat memuatkan haiwan bahaya itu menyebabkan pihaknya terpaksa meminta bantuan dengan sebuah lori yang berada di tempat kejadian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular 

ULAR sawa gergasi dibawa keluar dari parit. - Kredit Foto : APM Pekan


Dalam operasi menangkap ular sawa sepanjang enam meter itu disertai enam pegawai dan anggota APM Daerah Pekan berjaya menangkap haiwan itu yang berada di dalam parit di kawasan tapak projek solar berkenaan.

Pegawai APM Daerah Pekan,  Kapten (PA) Azam Shah Apearal berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap serta membawa keluar ular itu dari parit tersebut.

Menurutnya, sebelum itu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.20 pagi pada hari kejadian daripada orang awan yang mengatakan terdapat seekor ular sawa di kawasan berkenaan.

``Selepas itu kira-kira 10 minit kami tiba di lokasi tersebut dan berjaya menangkap ular itu yang berada di dalam parit.

``Namun saya terpaksa meminta bantuan dengan sebuah lori untuk membawa binatang itu ke pejabat APM Pekan,’’ katanya pada Selasa, 4 Mei 2021.


KAKITANGAN APM Pekan serta pekerja tapak Projek Solar, Kuala Pahang sedang memikul seekor ular sawa gergasi seberat 150 kilogram yang berjaya ditangkap pada 3 Mei 2021. - Kredit Foto : APM Pekan 


Azam memberitahu, untuk memastikan ular itu selamat dan tidak mati, pihaknya telah melepaskan haiwan itu di kawasan hutan di daerah Pekan pada pukul 12 tengah hari pada Selasa, 4 Mei 2021.

Lokasi hutan berkenaan amat sesuai dengan ular tersebut selain ia juga bagi mengelakkan ancaman kepada manusia. - KitaReporters


28
16
4
3
3
You will be interested