Alam & Sains 18 Feb, 2021

Video| Lucu atau menyeramkan? Pocong terakam oleh CCTV! Melompat-lompat dikejar 3 ekor anjing

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Gambar hiasan. - Kredit foto: Tagar.com


KISAH yang berlaku di sebuah perkampungan di Balangberu, daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, Indonesia mungkin membuatkan anda berfikir dua kali sama ada mahu percaya atau tidak.

Apa tidaknya, salah seorang penduduk di situ mendakwa melihat hantu pocong yang terakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya.

Hal tersebut membuatkan penduduk di situ menjadi gempar dengan kehadiran makhluk halus berkenaan. 


Lagi kisah-kisah aneh berkaitan hantu:

https://kitareporters.com/search?search=hantu


Rakaman CCTV menunjukkan lembaga putih seakan pocong sedang melompat-lompat. - Kredit video: Makassar-iinfo


Lapor portal Tagar.com, individu yang dikenali sebagai Haji Karim itu mendakwa dia melihat kejadian tersebut melalui rakaman CCTV.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan satu susuk tubuh seakan-akan manusia berpakaian serba putih berlari seperti melompat-lompat dan diikuti tiga ekor anjing yang seakan-akan mengejarnya.

"Benar pak, itu pocong terakam CCTV yang dipasang di depan rumah. Ia kelihatan seperti pocong itu dikejar anjing kerana di belakangnya ada anjing yang berlari sambil menyalak,” cerita Karim pada 13 Februari 2021 lalu.


Anjing tiba-tiba menyalak seakan-akan nampak sesuatu.


Tambah Karim lagi, kejadian itu berlaku pada 9 Februari 2021 sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan. Pada mulanya, rakaman tersebut dilihat oleh isterinya dan kemudian menceritakan kepadanya.

"Isteri saya bangun solat tahajud, kemudian mendengar anjing di depan rumah menyalak. Jadi setelah selesai solat, isteri saya mula gelisah dan tertanya-tanya apa yang berlaku dan terus membuka CCTV," jelasnya.

Namun setelah melihat rakaman CCTV, isteri Karim terkejut kerana ternampak susuk makhlus halus seperti pocong berlari dengan melompat-lompat.

Disebabkan ketakutan, isteri Karim mengejutkannya daripada tidur dan menceritakan apa yang dilihatnya.

"Isteri saya memelihara kucing. Jadi dia periksa rakaman CCTV kerana bimbang kucingnya digigit anjing. Tetapi yang dilihatnya ternyata pocong,” ceritanya.


Kelihatan pocong (dalam bulatan merah) berlari seakan-akan melompat dan kemudian hilang.


Dek mahukan kepastian, keesokan paginya Karim meneliti kembali rakaman CCTV tersebut. 

Setelah yakin, akhirnya pada 13 Februari 2021 dia memperlihatkan rakaman tersebut kepada penduduk kampung. 

Selepas melihat rakaman itu, penduduk turut menyakini bahawa susuk tubuh dalam rakaman tersebut adalah pocong.

Melihat daripada rakaman tersebut, anda boleh nilaikan sendiri sama ada ia benar-benar pocong atau tidak. 

Sama ada nak percaya atau sebaliknya, terpulang pada diri masing-masing. - KitaReporters


1
2
1
4
0
You will be interested