Alam & Sains 20 May, 2021

Berita Terkini| Hotel bajet di Alor Setar dikompaun RM10K! Langgar SOP PKPD kerana beroperasi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEBUAH hotel bajet di Alor Setar dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil pemeriksaan Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPD Ibu pejabat Polis (IPD) Kota Setar mendapati, hotel berkenaan beroperasi dan melanggar peraturan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Hotel tersebut didapati beroperasi dan melanggar SOP PKPD Kota Setar yang telah ditetapkan oleh MKN.

“Kompaun RM10,000 dikeluarkan ke atas pemilik hotel tersebut yang berusia 60-an,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar, Khamis 20 Mei 2021.

Hotel antara sektor tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak termasuk dalam sektor perkhidmatan perlu.

“Pemeriksaan di hotel tersebut mendapati terdapat seorang wanita warganegara Thailand berusia lingkungan 30-an yang didaftarkan sebagai pelanggan didapati menginap di salah sebuah bilik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dokumen perjalanan wanita Thailand tersebut tamat tempoh. Tangkapan dibuat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambah beliau, dalam pemeriksaan dijalankan di hotel tersebut, pasukan pemantau turut mengenakan kompaun ke atas dua individu yang berada dalam sebuah kenderaan di hadapan hotel tersebut.

“Kompaun turut dikenakan terhadap kedua-duanya yang turut tidak mematuhi SOP PKPD ditetapkan,” ujarnya.

Katanya sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan PKPD di daerah itu melibatkan pelbagai ketidakpatuhan kepada SOP PKPD. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0
You will be interested