Alam & Sains 01 Jun, 2021

Berita Terkini| Perlis peruntuk RM1.5j! Agih bantuan asas! Bernilai RM50 untuk 3 hari sekali!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

AZLAN Man dalam masa sama berharap bantuan segera itu akan mengurangkan bebanan hidup golongan memerlukan. - Kredit foto: Perlisnews.files


KERAJAAN negeri Perlis memperuntukkan RM1.5 juta dalam menyediakan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan dan layak menerima bantuan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) fasa pertama dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada Selasa, 1 Jun 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, bantuan keperluan asas harian bernilai RM50 itu akan diagihkan setiap tiga hari sekali sepanjang tempoh tersebut.

"Bagi mengelakkan kesan negatif yang mungkin timbul akibat daripada pelaksanaan PKP tersebut dan di atas keprihatinan kerajaan negeri, kita bersetuju memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dengan serta-merta bagi menjaga kepentingan golongan bersasar di Perlis.

"Pengagihan bantuan akan diuruskan oleh pusat khidmat wakil rakyat atau pusat khidmat Menteri Besar bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau mekanisme yang bersesuaian di peringkat DUN,” katanya dalam kenyataan di Kangar, Selasa, 1 Jun 2021.

Terdahulu, kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaan total lockdown fasa pertama untuk tempoh dua minggu mulai 1 hingga 14 Jun dengan semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali perkhidmatan perlu.

Azlan dalam masa sama berharap bantuan segera itu akan mengurangkan bebanan hidup golongan memerlukan.

Dalam masa sama, beliau menyeru rakyat di negeri agar terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan semua. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

Gambar hiasan... PENGAGIHAN bantuan akan diuruskan  pusat khidmat wakil rakyat dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.

2
1
0
0
0
You will be interested